Sabtu, 26 Februari 2011

cinta diamku

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang,
cukuplah aku cintai dia dalam diam..
kerana diamku adalah salah satu bukti cintaku padanya...
aku ingin memuliakan dia,
dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang
dan aku tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..

kerana diamku...
aku dapat memuliakan kesucian diri dan hati..
menghindarkan diri dari hal- hal yang akan merosak izzah dan iffah..

kerana diamku...
aku dapat menunjukkan bukti kesetiaanku padanya..
kerana mungkin saja orang yang aku cinta adalah
bukan orang yang telah ALLAH SWT pilihkan untukku...

aku ingin jadi seperti kisah Fatimah dan Ali?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci dan indah..

Seandainya...dalam diamku tersimpan kekuatan..
kekuatan harapan...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata
hingga cintaku yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata...
aku bersyukur padamu ya allah...

Aku tahu Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?
dan jika memang 'cinta dalam diamku' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
akan aku biarkan ia tetap diam...

kerana...
jika dia memang bukan milikmu dengan izin Allah..
ku pohon hapuskanlah cinta diamku melalui masa dan waktu...
dan berikanlah aku rasa yang lebih indah dan orang yang tepat untukku...
biarkan 'cinta dalam diamku' itu menjadi memori tersendiri..
Dan sudut hatiku menjadi rahsia antara AKU dengan Sang Pemilik hatiku...

Kerana aku yakin...
Allah akan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpiku di kemudian hari..
akan aku bersabar dalam diamku..

Khamis, 24 Februari 2011

jangan buat orang yang mencintai kamu kecewa

Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,.kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta..

Rabu, 23 Februari 2011

pelbagai persoalan

siapa aku bg dirinya?
adakah tempat bg aku di hatinya?
adakah ak ni istimewa bg drinya?
adakah aku ni penting bg dirinya?
adakah dia menyayangi aku seperti aku menyayangi dirinya?
hari demi hari persoalan demi persoalan bermain2 dlm kotak fikiran ni.
buntu kerana masih belun terlerai segala persoalan..
sampai bila kita nak diam dan hanya meluahkan pada tempat yg kita rasa xmenyakitkan hati org lain..
sampai bila kata mahukan sebegini hidup penuh dgn persoalan yg mgkn boleh memudaratkan diri kita sendiri...
sampai bila......sampai bila....dan sampai bila.....walaupun kita xpernah nak bersama..

Ahad, 20 Februari 2011

Kami Satu Hati

Menyingkap kembali sejarah SECRET EPISODES (TWKUA)
diri aku yg lalu..Gaya hidup moden yg penuh dgn
KONFLIK METROPOLIS (Komplot)..penuh dgn PANCAROBA (G.S.M) dan
KELIBAT KORUPSI (One Buck Short)..Dikelilingi SITUASI (Bunkface) yg RIUH (Harmacy)..
BINGIT (Pesawat) dan suasana yg agak ‘CRAZY’
(Samcfband)
Every AFTER MIDNIGHT (yuna) 
aku sering berangan BERLARI KE AWAN (The Tick),merentasi jambatan yg di gelar AKU PELANGI (joanna & co)
dan ingin mengapai MIMPI (Robot Asmara)....Oh BINTANG (Statik)...
TERBANGKAN AKU KE BULAN (Sasuka),Biar aku jauh dari DUNIA (Brainhead)
yg penuh dgn tipu HELAH (Indie Mice)manusia …Kerap kali aku terfikirkan mengenai KISAH KITA (Silent Scream),antara KAU DAN AKU (Sugar Love Cookies)....Adakalanya aku tertawa sendirian mengenangkan
KELAKARNYA CHIENTA (Trashbin jump) kita.....Namun aku SANGSI (Stonebay) dengan kesetiaanmu...Lalu aku BIAR MATI CINTA INI (Maximus) buat selamanya..
Dan aku pergi TERBANG JAUH (Nadia’s Show)
dengan hati yg HANCUR (Samcfband) ..…Dari SINGAPURA-KL (The Times)
aku mengembara demi melanjutkan pelajaran
aku Ke HIGHSCHOOL ROCKER (Bunkface)
untuk bergelar ROCKSTAR (The Blue Birds)
 Malaya.....Sebelum itu aku ambil subjek CHEMISTRY (Butterfingers),tapi result asyik keluar CAPITAL E (Bittersweet) je…Kini baru aku sedar rupanya semua ituHANYA MIMPI (Nadia’s show)  belaka!!!Sekadar KHAYAL-KHAYALAN (The Times)
yG bermain main difikiran aku sahaje..
dan hidup ini cume NIKMAT SEMENTARA (Statik)
yg diberikan olehnya.....
Sampai disini sahaje cerita 
CINTA SUKA SUKI (Sugar Love Cookies)
dari aku..Sekadar melengkapkan 
CERITA KEDAI KOPI (Malique,Dj Fuzz,Salam)
orang kampong aku.....Tiada kaitan dengan orang yg dah
MATI HIDUP KEMBALI (butterfingers)
Ataupun
SELAMAT TINGGAL DUNIA (butterfingers)...
Segala salah silap..harap maafkanEXCUSE ME (Pesawat) dan izinkan akuPERGI DULU (Nadia ’s Show)

Se_ekhlas satu nota giler dari aku




Aku tetap aku..
itulah yg perlu semua org tahu..aku seorang pendiam..pemalu
jika tidak mengenali aku mungkin orang akan anggap aku sombong....
tp bila dah kenal.. baru korang tau sapa aku..ceria..suka menyakat kawan-kawan..
giler giler dan aku ni kadang-kadang manja orangnya..hehehe
mgkn lepas ni aku da rasa mcm malas sudah nak  menotakan diri kot...
sbb bila aku menotakan diri slalu sgt aku bermain dgn perasaan yg xmgkn akn ada..
tp insyaallah ade jodoh..ade rezki dapat ar korang bace nota2 bodo n giler aku lg..

<span>[aca aca penulis profesional la plak aku]</span>
tp bkn tu yg aku nk ceritakan...


 


Ringkasannya:
Hidup umpama suatu percaturan yang harus dihadapi oleh setiap manusia… manusia akan lebih semangat dan ceria dalam hidup jika “jiwa”nya hidup..andai manusia sudah mati jiwanya..umpama dia “bangkai hidup”..



Begitu juga dgn aku..apa yang kualami dulu hingga skrg..aku tahu ujian darinya..


namun kekadang aku tak dapat nak fikir lebih dari itu..kekadang aku kalah dgn emosiku sendiri..


aku selalu mengalah..seolah2 aku pesimis dgn hidup ini..malas utk ku berjuang dlm kehidupan yg sementara ini..





maafkanlah aku Ya Allah....


aku tidak mahu KALAH dalam percaturan hidup ini.. tabahkanlah diriku..
walau sebanyak mana dugaan yg menimpaku..aku tau Engkau masih sayangkan diriku ini..
akan ttpi masih banyak nikmat yg masih dapat kukecapai.. nikmat iman dan keyakinan padaMu..





mungkin Engkau mendugaku…aku tahu itu adalah ujian darimu..
bila mengingatkan ujian atas kasih sayang manusia..aku tak terdaya..
andainya aku tahu aku tak ada hak utk dijodohkan dgn sesiapa yg layak dgnku..
aku terima Ya Allah.. mungkin ini adalah kifarah atas segala dosa-dosaku yang lampau..
mungkin juga ujian utk melihat ketabahan dan kekuatan jiwa hambamu ini..





tak banyak yg ingin kupohon darimu..


kuharap andai ini semua telah ditakdirkan utkku hadapi semasa hayat ku atas dunia ini…..


sekiranya kau tak izinkan aku utk  memiliki org yg sesungguh hatiku ingin memiliki...
kau berilah aku sedikit masa dan peluang untukku membahagiakan satu2nya insan kesayangan ku..
ibuku tercinta...





Ampuni hambamu yang naif ini….


mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yg menimpa..


mungkin juga utk menguji tahap keimanan...


mungkin juga balasan darinya utk perbaiki diri...





Ya allah ya tuhanku..
aku baru saja di uji dgn sedikit ujian darimu..


tersekat nafas kabur pandaganku menahan keperitan itu
tapi aku sudah mengalah sebelum sempat berbuat apa2..


Ya ALLAH tabahkan hatiku dan kuatkan lah imanku....





Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim


hanya namamu yg termampu bermain di bibirku ketika ini
Kau ampunilah dosa ku yg telah aku perbuat


Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas


Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal


Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan


Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista


Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu


Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan





Ya Allah


Kau yang maha megetahui apa yang terbaik untukku


Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku


Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan


Bimbinglah aku ke jalan yang engkau redhai


Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku


Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratmu


Sekiranya aku ingkar dan derhaka


Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatmu



Ya Allah..
sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu


Aku buta tanpa bimbinganMu


Aku cacat tanpa hidayahMu


Aku hina tanpa RahmatMu





Ya Allah..


Kuatkan hati dan semangatku


Tabahkan aku menghadapi segala cubaanmu


Jadikanlah aku insan yang disenangi


Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamamu


Bimbinglah aku menjadi muslim yg soleh...


Hanya padamu Ya Allah ku pohon segala harapan


Kerana aku pasrah dengan dugaanmu


Kerana aku sedar hinanya aku


Kerana aku insan lemah yg kerap keliru


Kerana aku leka dengan keindahan duniamu


Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranmu


Kerana pendek akal ku mengharungi ujianmu





Ya Allah Ya Tuhanku...


Aku hanya ingin menjadi seorang insan yang dirahmati


Insan yang dikasihi


Insan yang soleh


Insan yang sentiasa dihati
dan sekiranya satu pengalahan dapat membahagiakan..
meringankan beban kehidupan seseorang..
aku sanggup turuti kehendaknya ya allah..
kerana aku hanya insan biasa
yg hanya menumpang kebahagiaan di duniamu.....






aku kau panggil pakcik batman



aku  tak sedar secara tak sengaja dan x aku sangka aku kembali ke arah itu..
dan bila aku sedar...aku seharusnya pergi meninggalkan dan melupakan segala yg terjadi..
walaupun resah hatiku belum terubati...maafkan aku kawan

Seketika di zaman kanak kanak :jurnal dari aku keluangman dan tiongman

Masa aku kecik dulu kartun kat TV x ler semewah mcm zaman sekarang ni…
Dulu x de Astro..Cartoon Network..Nickolodeon dan lain2..Yg ade RTM & TV3.
So bebudak generasi aku tak byk pilihan dan aku hya dpt menikmati ape yg ade kt 2 stesen tv ni je..
Byk gak kartun best dan menarik dan mampu membuat aku melekat di tv tiap petang
sampai x ingat nak keluar main bola..hehehehe....
Oh....mungkinkah ini sebabnya aku kurang berminat gan bola???

Jadi skrg aku nak kongsi ngan korang salah satu karton febret aku mase tu..
pernah x dengar KELUANGMAN..Bagi sesape yg minat..
jomlah kita same2 mengenang kembali zaman manis kanak-kanak kita dulu…
hahahahaha.........................


 



kisah Seorg pemuda yg tinggal di Hospital Bahagia Tumpoi..
beliau sebenarnya adalah seorg pembela manusia sejagat iaitu Keluang Man..
Dan Tiong Man adalah pembantunya yg sering membantu menumpaskan musuh negara..
Oleh krn pihak polis kawasan Tampoi yg diketuai oleh Inspektor Sahab seringkali terlambat
sampai ke tempat kejadian..beliaulah superhero yg selalu menolong pihak polis......
manakala Khaty Ismail..seorang wartawan akhbar Metropolitan Tumpoi sering pula cuba
menjejaki superhero misteri ini..Kadangkala gelagatnya seolah-olah sudah jatuh cinta dgn
superhero sebutan ramai ni......

Disebalik topeng Keluang Man adalah seorg pesakit di sebuah hospital gila bernama Borhan..
Dia merupakan seorg jaguh silat sblm dimasukkan ke hospital gila..
Dan Samad adalah Tiongman rakan karib Borhan di Hospital Bahagia Tumpoi..
beliau adalah kawan baik dan pembantu Keluang Man....
Samad mempunyai seorang kekasih bernama Aishah..
tapi dia memutuskan hubungan dengan Aishah krn org ramai mengatakan
bahawa dia dah gila dan hya layak menetap di Hospital Bahagia Tumpoi...
Sebelum dimasukkan ke hospital itu..Samad merupakan seorg mekanik yg berjaya..
namun kejadian letupan yg x disengajakan berlaku di bengkelnya dan menyebabkannya
hilang ingatan dan perlu dipulihkan...

Keluang Man adalah berdasarkan watak Batman..Keluang ialah sejenis kelawar besar..
dan watak Tiongman pulak berdasarkan watak pembantu Batman iaitu Robin...
dan ni salah satu Dialog paling popular tiongman hehehehehe....

"Abang dah gila..Ecah!!! Abang dah gila!!"
kata2 Tiongman bila Aishah masih lagi mahu berjumpa dgnnya di Hospital Bahagia..
dan  babak yg paling menarik bagi aku pada watak Aishah mase Tiongman secara x sengaja
terlucut sarung tangan ketika cuba selamatkan Aishah...
sehingga aishah ternampak cincin yg pernah dihadiahkannya pada Samad....
dan tanpa pengetahuan Tiongman..Aishah sudah mengetahui identitinya...
so apakah akan terjadi lepas kejadian tu???????
  
korang ada kartun febret di zaman kanak-kanak dulu??
Sila kongsikannya bersama...
korang juga dialu-alukan untuk memberi
pandangan..soalan dan komen bernas di ruangan komen di bawah k.....

Misteri kehilangan BATMAN



Mesti ade yg tertanye2 kemanakah hilangnya batman..[hahaha poyo je]
misteri kehilangannya tak lagi terjawab sampai ke hari ni..aku pn xtau mane die pergi
aku dah panggil detektif conan..sampai si conan ni jadi sinichi balek pun x gak jumpe si batman ni..
sampai ade yg ckp si sinichi ni menyebok je amek kes ni..kesian sinichi..hehehehe
pape pun thanks kat conan/sinichi...dan thanks kat ran gak cz sbb die aku teringat nak panggil
detektif conan tok setelkan kes ni walaupun x setel....hehehehehehe
mgkin da ramai yg tau indentiti die kot...tu yg die hilang...hahahaha.
pape pun korang jangan risau coz korang ade superhero baru....

This is KELUANGMAN hahahaha..[naseb baik x kubungman]


Hmm....sebenarnya bukan BATMAN atau KELUANGMAN yg aku nak cerita kali ni..
aku ade satu cerita nak kongsi gan korang....

kalau nk bce trus kn..
kalo x nk boleh belahh.....

nmpk tak log out kt atas tu??? kuar ikut situ k...hahahaha

Hmm....sape minat citer2 cm

POWER RANGERS

SPAIDERMAN

BATMAN N ROBIN

SUPERMAN

Di sebalik semua cerita tu ade makne tersirat kalau korg nk tau..
tp aku x dpt nk search sepenuhnye pasal kisah tu...
aku dpt stu cerita yg membongkarkn kisah superman..

aku rase semua kenal superman yg bengong tu..

yela mau x bengong
org pakai spende kt dlm die pkai kt luar..
kalau mahal x pe gak..ni aku tengok kt psr mlm berlambak..
tp kire ok ar dari org yg tak pakai langsong....hehehehe

Nk dijadikan cerita


SUPERMAN ni berasal dari komik..betol x...
kalau x caye cube bace kt bwh ni:


Komik pertama Superman muncul pada bulan Jun 1938. Hari ini Superman dianggap hero semua kaum di dunia. Begitu kuat pengaruh Superman dalam meningkatkan darjat bangsa Yahudi..hinggalah kedua-dua pelukis itu telah dimasukkan sebagai salah seorang 100 orang Yahudi yang paling berpengaruh di dunia dalam senarai yang dibuat oleh Michael Shapiro..Malah dalam buku The Jewish Contribution to the 20th Century yang disusun oleh Alan Symons..nama kedua-dua pelukis ini juga dimuatkan.

so kalau korang x caye kt aku lg?? korg leh search laman web ni tuk tahu kisah selanjutnya...

 file:///C:/Users/Admin/Desktop/kisah%20nabi/Apa%20Yang%20Kita%20Perlu%20Tahu%20Tentang%20Yahudi%20dan%20Israel%20%20Mencari%20rahsia%20‘kekuatan‘%20bangsa%20Yahudi.htm


X ramai orang yg tahu bahawa "Superman" sebenarnya watak yg dicipta utk menaikkan semangat bangsa Yahudi..
Watak Superman dihidupkan oleh dua org pelukis komik bernama Jerry Siegel dan Joseph Shuster.

 Ketika itu mereka memerlukan satu lambang yg kuat utk menaikkan bangsa Yahudi.
Lalu mereka mencipta watak "Kal-El" yg bermaksod "Tuhan" dlm bahasa Hebrew..

Superman adalah salah satu daripada bebanyak imej..lambang dan simbol yg sebenarnya bagi kekuatan..maruah dan martabat pd bangsa itu..
Bangsa Yahudi tahu jumlah mereka x byk dan prasangka dunia terhadap mereka begitu kuat..
so mereka harus cari jalan atau cara lain untuk memungkinkan mereka dihormati dan dianggap penting. 

Sebut apa saje bidang kat dunia ni...dari perbankan hingga penciptaan..examplenya:
jeans yg dikenal sebagai Levis org Yahudi ada di belakangnya..

So dari sebuah negara kecil yg bernama Israel dan penduduknya x lebih dari enam juta org mempunyai pengaruh yg kuat dan besar ke atas dasar negara sehebat dan sebesar Amerika Syarikat (AS)???[betol ke???hehehe]
Kita semua pasaran luar AS terutamanya terhadap Asia Barat ditentukan oleh Israel dan bangsa Yahudi yang amat kecil bilangan mereka di AS...

dan aku pn dah x tau nak cerita ape lagi..mesti korang lebih tahu dari aku pasal politik ni kan..
so sekian cerita aku tentang Israel yg kejam..dan superman yg bengong...

Aku dan scene jiwa remaja : jurnal dari zaman jahiliah ke multimedia

Cube korang renungkan..Senang2 je kan music nak pengaruh sesorg..Music gak dpt membentuk sesorg jadi pemberontak..skema..kuat touching..pemarah..jiwang dan mcm2 lagi ar perangai manusia zaman skrg ni....
Kita secara x sengajanya mgkn x kan dengar je music tu..tapi kdg2 kita menjiwai music tu....betol x kwn2..
Genre atau jenis music da terlalu byk bagaidah..dari yg tenang hingga ke serabut..Dari yg slow smpai berdesing telinga...eh mcm2 ar...kalo nk citer smpai esok pon x abes....hehehe
Ape itu muzik???..ntah la aku pon x tau...hahaha..Nak katekan dulu setiap hari aku dengar music.[kalo x nak katekan lak cm ne?].... kan bagos kalo aku dengar org baca al-Quran.hehehehe...zaman dulu aku jahil lagi dan skrg pun jahil gak.hehe..[bodo la nyamok ni..ko gigit aku nape..nyamok ade gigi ke??hahaha aku yg bodo]..
Aku layan mcm2 jenis music..dari alternative rock sampai punk rock..dari pop sampai RnB..[kdg2 layan jiwang gak..hehehehe][aduhh sakit kepale]....
So ringkasannye aku mula2 kenal music bila aku nmpk scene SkinHead dgn Punk..Skin dan familynya sprt Mods..Ska..[bkn SYARIKAT KENDERAAN AZIZ k] Suedehead..Rude boy..Zaman ni top sehangat zine dan buku knowledge je..hahaha....Dari melaka sampai Johor..dari utara sampai selatan..sampai ade gak member yg taksub dgn SkinHead dan Punk..sampai ade sorg gurL tu sanggop botak kepala semata2 nak nmpkkan yg dia ni SkingurL..[tu bkn skingurL la..tu sami budha..haha]...
kalo x bagi tau,korang mst da tau kan pe jename yg dorang pakai..[tp aku nk bg tau gak.hahah]..example2nya::
mesti pakai baju BEN SHERMAN.. Steeltoe DOC MART dan Jacket mst nk ade ada patches..Ada gak yg smpai nak buat band SkinHead dan bercita2 nak main gigs..[hahaha perot aku lapar ar.ade sesape blh tlg belikan makan x]
msg2 nak tunjok belang yg dorang ni United and Fight...[band2 mase tu???]
Antara band2 yg jadi pujaan time tu sesudah tentu A.C.A.B..Gerhana Ska Cinta..The 4 skins..Sham69..The Casualties..Exploited dan bermcm2 lagi..[baru2 ni ade 1 band baru tubuh,THE BENGGONG kot..cm tu ar bunyinye]..

da ade band mest nak kene jamming kan..so Lagu wajib jamming time tu lagu Boot Bois Gone..Bersama Semula..Street of Uptown..[kakakakah..berdekah gak bila ingatkan balik]..Dan kalau sesape dpt main lagu Street of Uptown time tu,dah dikira gempaklah.[ade cm gempak astro x??]...

Lepas tu muncul plak scene Grunge dlm hidup..sprt biasa bro..Nirvana lah influence terbesar KAMI selain Soundgarden dan Deep Purple [walaupon Deep Purple x de kena mengena dgn scene Grunge.hehe]..Masa zaman tu..semestinya ada yg pakai beg sling kaler hijau gelap..seluar jeans Levis koyak2..kemeje southern..baju lengan panjang belang2 atau baju gmbr [SMILE NIRVANA]..Akan tetapi ada gak mat2 rem.....pitt tampal stiker smile Nirvana kat motor depa..[hahaha...ape kejadahnya itu semua..adakah mat2 rempit itu lyan grunge]..Tapi aku rasa time tu blm ade lagi istilah Mat Rempit.[so mat ape??mat sentolkot..hahaha]....
Kasot plak mst pakai Converse atau Jack Pussell..yg aku peliknya ade gak yg nak buat band grunge..[Dunia dunia..dunia blm berakhir..hehe..tringat kat korang plak]..Kalau ade gigs Butterfingers msti pegi..tp kalau ade ceramah kat masjid, mesti x pegii[ hehehe Grunge is the last generation of metal]

Habis zaman tu..tetibe muncol satu band yg bernama MCR [atau lbh dikenali sbgai MAK CIK ROKIAH..name kampong].. name townnye plak My Chemical Romance.hehe... dorang ni pencetus revolusi music sesampai TER adenya MAT2 dan MINAH2 Emo dan Gothic..[ape nak jd dgn DUNIA..haha aku trigat kt korang lg..].....
MAK CIK ROKIAH pya dressup amat bagai..[Opsss...baru tringat..naseb baek x MAK CIK RAMIZAH..Lalalala??]..
So bile MAT2 dan MINAH2 nmpk je nice..dorang pon ape lg,terus terikut..Pakai sarong tangan hitam putih mcm NYAMOK..kasot tapak tebal 10 cm[kalo da pendek2 jela]..dan mesti hitam dan merah je tema pakaian..RAmbot mst naik kat belakang..[ntah hape hape jela]...lg 1 Port istimewa budak2 leleh ni mst dkt shoping komplex.[so golongan Mat Rempit x melepaskan peluang,jadikan shoping komplex sbagai port cuci mata.]...
Selain MCR ade gak band malaysia [nape MCR je..nape xpanggil name penoh?hehehe] sprt xxx xxxx [x blh bgtau..cari sendiri] yg jadikan emo rock sbagai genre music dorang..Band tu pon dressup kaw2 [cm kopi kapal api la plak] mcm para gothica di eropah..hahahaha.....

Pada thn 2000..tanah Melayu digegarkan plak dgn terma Indie [Apakah itu indie tu?]..Band2 semacam The Strokes..Arctic Monkeys..Babyshambles dan Libertines menjadi popular dan berjaya mencorak minda remaja menjadi seorg yg berdikari [ serious?? ] dan buat hal masing2..Remaja smkn bersahaja dlm kehidupan harian dorang..ade gak sprt kebersahajaannya suara Julian Casablancas [vok The Strokes]..Remaja bercita2 nak tubuh band gak mcm The Strokes.[tubuh band lg] dan ade plak band HUJAN yg suara seJiBik mcm The Strokes..so lagi ar remaja2 kat Malaysia ni bersemangat..Para2 Rempit msh lagi cool layan lagu jiwang leleh.hehehehe....
Dressup pada zaman ni plak kite blh nmpk sprt pakai seluar kodroi..baju lengan suku/ baju band indie..mesti pakai spek rayban..kasot nk Converse putih yg kotor dan comot....[aku da ngantok siot..kepala da goyang]....Indie is not a music, its a must!!![berorang puteh la plak aku]...
So pada zaman ni gak scene music kat Malaysia mcm cendawan[goreng tepong..pehh mak aii]..Mcm2 band tumbuh sbb dorang baru sedar terma INDEPENDENT..Semua nak keluar Ep..demo..album..Semua nak jadi famous [mcm Ahmad Albab]..Semua nak main gig..Kena plak ade cerita bersiri tentang remaja kat 8 TV that is KAMI.. Lagi ar giler baboon remaja2 terikot dgn gaya hdp sosial dlm cerita tu..Liyana Jasmay x cun pon korang blh ckp cute..Mata ape la korang pakai aku pun tak tau..[mate kambeng bapak aku..hahaha]....

Tengah syok zaman INDIE berleluasa..tetiba ade plak era Nu- Rave.[Apakah itu Nu-Rave??adakah sejenis makanan yg dimakan waktu petang?]..Nu-Rave blh dikaitkan dgn disco punk dan electro..Korang nak tau mcm mane dressupnye..[xnak tau lantak korang la..hahaha]..mesti pakai seluar kaler2 yg pelik..example2nya hijau..kuning..biru dan hijau sekali lagi..Baju lak mesti ada font size 38 yg ayatnye akn buat mak bapak confused dgn anak2nya..Mesti pakai spek kaler2 dan ade rantai petir.[rantai petir ke tangkalkencing mlm?Whoa!whoa!whoa!! ngantok giler]...
Antara band2 malaysia yg menggerakkan Nu-Rave cm band The Otherside Orchestra..Analogsix..Mohd Jayzuan dan sebagainya.[nak tau selanjutnya,Pergi google cari sendiri!hahahahaha].....

Dengan secara tiba2nye lg dah naik plak bebudak straight edge..ni aku xberape nk tau sgt..[ape kejadahnya bdk2 ni].. sXe yg x hisap rokok..Pheww..cool sungguh.[cool la sgt2..bak kate pendek no money no smoking la]..
sXe yg x makan daging [vege]..Kat tangan mesti ade tanda " X "..Antara band2 yg mengamalkan budaya straight edge, Vitamin X..Second Combat..Restraint dan Comeback Kid..Ade gak yg gelarkan diri dorang metalcore dude dan MYHC.. dorang ni ade gak mcm grup2 Sehati Berdansa atau Gerak Khas..ckp jela kt mana2 gigs..sepastinya dorang ar yg akn memeriahkan lg majlis.[Mcm dtg kenduri la pulak dorang ni].....

Dan Skrg muncul scene baru yg digelar fixie.[Fuhhh mak aiii,ape tu???hehe]..ini adalah cekolat celop...kahkahkah..
Ni bebudak basikal fixed gear ar..Jalan2 [cari mkn] town naik basikal..[jumpe awex depan rumah g usha]hahahaha..Memang eco-friendly ar bebudak ni..tidak ku tahu budak2 ni layan music jenis mcm mana..Tapi berdasarkan ape yg aku nmpk..dorang ni ade yg punk..ade yg mat2 Clubbing..ade yg skema..ade yg Metalcore dude...Mgkn fixie ni BERSATU AMAN SEJAGAT kot dan disarankan oleh New World Order..kahkahkah...kaka..
Ape2 pun naik basikal lebih nice dari naik motor RXZ..[naik basikal dpt knl gan awex.hahaha]..Tapi naik SKATE lagi nice kot dari naik basikal.[hahahaha..Skate or Die?]....

Rase mcm Kurang satu cerita ar...Bila plak nak muncul scene Nasyid ek??hahaha..[korang jgn gelak2..t kena panah petir..kentot berdarah baru tau..huhuuuu]..Pointnya,hehe....So sentiasalah jadi diri anda yg sebenar..x perlu nak jadi hipokrit..Hipokrit adalah munafik..Munafik tempatnya di neraka..Neraka panas tau..Pakaiannya plak sangat busok dan hanyir..Minumannya menggelegak dan makanannya buah yg berduri2...Dah sediakah kita dgn scene ni????hehehehehe  Bersedialah kita..banyak2 la beramal dan bersedekah...[peh paling pandai ar aku ckp org...aku pon same je.hehehehe].....k tataaaaaaa aku da ngantok nk tidoooooooooooooozzzzzzzzzzzzzzzzzzz................................
kalo ade salah silap tulis harap maapkan k..Peace!!

for WHAT maaf????

Aku xtau pe tujuan satu post ni..ditujukan pd ssorg o tambahkan koleksi diari....dari cerita tu aku paham n nk tergelak pn ade gak smpai mak aku kate "ko da buang tebiat ke senyum sorg2"...hehehehe..pikir2 balek xbaik gelakkan org la...huhuhu....tetibe je si B ni emo sgt...time si A serius si B ni memaen n time si B serius si A plak memaen..xpayah la nk mintak maap byk2 cz si A xpernah salahkan si B pn..si A dah dpt rase dah ssuatu akn berlaku n si A pelik kt si B yg slalu serahkan diri die pd ilahi tetibe blh ckp da boleh trime si A..si A nk percaye pn ssh..tp ade kabar angin mengatakan cm tu gak...so si A halalkan jela... si A ni xrase pn dipermaenkan..kalo btl la die nk gase cm tu...bkn skrg tp 3thn yg lepas...so si B xpyah la nk gase serba salah cz aku tau prasaan si A ni iklas n xpernah pn mntak prasaan die ni berbalas...sbb die pn da tau xde pintu harapan tok die.....so rileks suda...heheheDari persetujuan yg dah di buat antara mereka..so si A harus terima keputusan yg si B putuskan....keputusannya kalo si A xdpt nk memahami si B...si A x kesah kalo si B nk reject si A n keputusan tu da dserah sepenuhnya pd si B..si A terima seadanya...xsempat 1hari si A nk memahami lebih rapat si B dgn lbh rapat..si A dptrase sesuatu..n si B pn putuskan jawapannya..si B rase xsenang n xde sekelumit pun prasaan die pd si A....nak xnk si A kena trima jwapan tu cz tu perjanjian mereka n si B yg menilainya....(dlm erti kate lain..si A ni xpernah xdiberi peluang..bengong jugak si A ni...hehehe)tp si A ni slalu hargai si B walau hadirnya hanya sesaat..So xde sbb prasaan mara atau kecewa pada diri si A..sbb kalo nk mara bkn skrg..tp 3tahun lepas..(cm tu la katenye hehehe)Dgn si B..si A dpt blaja meredhahi sesuatu yg berlaku walau pn perit ujian yg diberi oleh allah..apa yg dituju hanya 1,..walaupn si A tau xkan ade pintu yg bterbuka di jalan itu.si A slalu menunggu cahaya disebalek pintu tu menerangi hdpnya sbb si A tau cahaya tu terlalu suci......Si A sndiri xtau knp die inginkan sgt2 si B n prasaannya kuat pd si B..yg die tau penantian die iklas dan xpernah pn mintak berbalas tok si B bukak pintu hatinya...(hehehe xkan la si A ni xpnh ketok pintu tu kot..xbagi salam cm ne nk terbukak..kahklahkah)si A sedar kesilapannya...seharusnya si A xspatotnya membiarkan si B jadi nakhoda kapal mr right dan spatotnya si A harus tunjuk n bimbing si B ke arah yg betol..tp si A xterdaya tok jd sprt jack sparaw..akibat serangan lanun2 yg kejam masa silam..membuatkan si A hilanh arah..hilang tujuan dan hilang segala galanya lalu bergantung pd si B kemana arah yg nk dituju...krn si B seolah memberi harapan baru..tp sukar tok d miliki krn terlalu indah sedangkan si A masih lg begini dan meredhahi kemana saja arah yg nk dituju tanpa penyesalan...Kini si A mula sedar dari mimpi2 indah..si A tau sedar cahaya suci n arah yg nk dituju si B bkn tok org2 sprt si A..terlalu indah krna si A hya sorg pegembara yg masih lg kurang ilmu didada da iman dihati...dan bertambah sedar bila si A dapt kenal dgn si C...walau pn si C ni kdg ntah pape je n kdg2 si A xseberape nk paham...si A dpt lihat pegorbanan dan harapan si C pd anank2nya..si C mesti sedih kalo anak2nya bersama org yg xberkejaya dan mejaga anknya dgn kasih syg seperti yg pnh diberi..(ibu mane yg sggop nk tgk mase dpn anaknye hancur n derita tol x kwn2)Pape pn si A beterima kaseh kt si B dan si C hargai n saggop melayan kerenah si A slame 3 tahun ni(wow lame tu..mesti sengsara si B nk layankan kerenah tu..hehehehe)....n si A mintak maap byk cz xdapat tunaikan permintaan si B tok kembali pd kasih yg lame sprt yg pnh diceritakan..cz hati si A xsemurah tu tok gadaikan cinta pd org seperti tu..(dlm erti kata laen..hanya si A yg tau..huhuhu)..walaupun kasih lame ada segala galanya..tp xguna juga kalo hati si A xde die...(so hati si A ade sape???????????timbul 1persoalan)hahaha...aku da mule mengarot...agak bengong rasenye ayat2 aku ni...n aku ade 1 misi..jom kite selidik hati si A ade sape..huhuhu......adiossss...

Bahasa hati

Tak ada musuh yang tak dapat ditaklukkan oleh cinta.
Tak ada penyakit yang tak dapat disembuhkan oleh kasih sayang.
Tak ada permusuhan yang tak dapat dimaafkan oleh ketulusan.
Tak ada kesulitan yang tak dapat dipecahkan oleh ketekunan.
Tak ada batu keras yang tak dapat dipecahkan oleh kesabaran.
Semua itu haruslah berasal dari hati...
Bicaralah dengan bahasa hati, maka akan sampai ke hati pula.
Kesuksesan bukan semata-mata betapa keras otot dan betapa
tajam otak kita,
namun juga betapa lembut hati kita dalam menjalani segala
sesuatunya.
kita tak kan dapat hentikan tangis seorang bayi hanya
dengan merengkuhnya dalam lengan yang
kuat.
Atau, membujuknya dengan berbagai gula-gula dan kata-kata
manis.
kita harus mendekapnya hingga ia merasakan detak jantung
yang tenang jauh di dalam dada kita.
Mulailah dengan melembutkan hati sebelum memberikannya pada
keberhasilan kita

jika 1 hari nanti

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…

Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal…

sekelip mata

Sudah lama
AKu suka duka
Tanpa arah
Abaikan masa
Sukahati ku menjalani hidup
Tiada halangan terbang terbangan

Tibalah masa aku jatuh
Kerana apa?
Duniaku gelap gelita
Awanan biru, aku masih tak layak
Masuk duniamu, milik ku banyak dosa
Kejutkan aku kembali semula
Tibalah masa aku jatuh
Kerana apa?
Hatiku mengata
Awanan biru, aku masih tak layak
Masuk duniamu, milik ku banyak dosa
Maafkan aku, hidupku masih palsu
Maafkan segala-galanya, masaku sudah tiba

Hidup ini

setiap orang perlukan kawan,teman,geng,atau orang orang yang boleh kita berhubung...
TAPI!!! apakah itu kawan???.....
geng warung kopi..member seperjuangan..member lepak lepak..rakan rakan sekolah atau kawan kawan bersama kita semasa kita kecil????....x de prejudis..x de perbezaan..x de pertandingan dan x de persaingan...
Sehingga satu hari kita belajar untuk buka mata dan mulai nampak dunia bukan lagi sekadar HITAM dan PUTIH...

x de hal sekarang ni setakat nak buat kawan memang cepat,senang dan pantas...
x payah keluar rumah..tenong je skrin komputer kletak!! kletuk!!  je keybord da dapat kawan...
boleh suka benda yang sama..xsuka pun xpe..kenal xkenal belakang cerita..risiko kita tanggung sendiri kerana persahabatan ialah satu penggembaraan yang x boleh di duga...

kita mengembara dari satu tempat ke satu tempat yang lain membawa kenangan manis dan impian hidup yang ingin kita kongsi..seperti sebutir habuk yang di tiup angin..kita mencari ketentuan hidup dan arah masa depan..kita memikul beban pengalaman pahit yang ingin kita tinggalkan..kisah silam yang ingin kita lupakan dan berpegang pada harapan untuk memulakan hidup yang baru...

TERIKAT..TERKONGKONG..TERKURUNG....
kita mencari jalan untuk melepaskan diri dari kemelot lama yang ikut kita kemana saja kita pergi..kita x boleh lari tapi kita beranikan diri..tabah mencari ruang untuk mencari kebebasan..
kadang kadang kita lupa..bercakap bukan sekadar bercakap..mendengar bukan sekadar mendengar...
tetapi kita sebenarnya sedang mencari jalan penyelesaian dan mencari persefahaman...

kita sedang meluahkan perasaan isi hati dan keinginan untuk difahami..bila kita gagal untuk berkata kata..kita perlukan seseorang untuk membantu..kita perlukan seseorang untuk memahami kekusutan dan tekanan dunia kita...jadi kita kembali mencari dengan penuh harapan sidia yaang telah kita kehilangan..tanpa menyedari kita sudah pun bertemu dengan pengisi kekosongan dan penganti tempat kita mengadu...

bila dunia kita lumpuh..kita belajar untuk bangon semula...kita makan,minom dan membuang masa seperti biasa..tanpa menyedari segalanya sudah pun berubah..kita mungkin kehilangan peluang untuk berkata kata dan mungkin terkapai kapai untuk bersuara..tapi pengalaman yang kita gengam selama ini akan menjadi pengikat persahabatan yang bakal kita jalinkan..

setiap yang kita lakukan mestilah kena denga caranya..nk buat air minuman yang sedap..gula..air..perasa..susu mestilah secukup rasa...kalau nak masak  kena pilih bahan..kena kawal api dan sukatan rencah perlu tepat x boleh lebih x boleh kurang untuk menjadikannya sesuatu yang boleh dinikmati..kerana setiap kesilapan boleh menjejaskan....

seperti juga dalam bercinta lebih kurang sama sahaja..itu dan ini mesti ada..mesti ada kemahuan mesti ada keinginan..baru boleh suka sama suka..dalam persahabatan di perlukan keserasian dan keikhlasan..baru lar boleh NGAMMM...dan dalam kenal mengenal pila mesti ada kesabaran dan kesefahaman....

seperti hidup..cinta juga sebuah perjalanan yang panjang..dan dalam setiap perjalanan ini akan tiba satu ketika apabila cinta terhenti dipersimpangan..pada ketika ini pasangan bercinta harus membuat keputusan yang benar benar menjaminkan kesucian cinta mereka..keputusan untuk mengorbankan cinta demi kesempurnaan masa depan pencintanya sendiri..ataupun pecinta iti memutuskan untuk terus hidup dalam ketidaksempurnaan dan mengharapkan keajaiban.....

MENUNGGU???
rasanya sepanjang hidup kita..kita asyik menunggu........
menunggu masa..menunggu peluang..menunggu nasib..menunggu tanpa penghujung sehingga kita asyik bertanyakan BILA?? BILA?? BILA?? dan BILA?? atau sampai BILA??...tetapi macam mana bosan..jemu..jenuh menunggu..kita terpaksa menunggu.....
hehehehe!!! da jadi macam satu pekerjaan atau bidang la pulak yang x mendatangkan hasil..TAPI kadang kadang menunggu tu rase berbaloi juga bila kawan kawan ada disamping kita.....
bila semua diluar kawalankita..apa yang boleh kita buat selain menunggu dan berharap hanya tunggu dan melihat....

hati yang kita harap akan lembut menjadi semakin keras dan kesunyian yang membelenggu diri menjadikan kita semakin teringin untuk mencapai kebahagiaan dan kesempurnaan..kita perlu berani untuk membebaskan diri..berani untuk melupakan kenangan silam dan mencari ketenangan..tetapi kita perlu mengharungi kehidupan ini selangkah demi selangkah..bergelot dengan diri sendiri dan berhadapan dengan beban yang datang mencari..kita hanya boleh bersedia dan menunggu peluang untuk merampas kembali apa yang telah hilang..