Ahad, 20 Februari 2011

Se_ekhlas satu nota giler dari aku




Aku tetap aku..
itulah yg perlu semua org tahu..aku seorang pendiam..pemalu
jika tidak mengenali aku mungkin orang akan anggap aku sombong....
tp bila dah kenal.. baru korang tau sapa aku..ceria..suka menyakat kawan-kawan..
giler giler dan aku ni kadang-kadang manja orangnya..hehehe
mgkn lepas ni aku da rasa mcm malas sudah nak  menotakan diri kot...
sbb bila aku menotakan diri slalu sgt aku bermain dgn perasaan yg xmgkn akn ada..
tp insyaallah ade jodoh..ade rezki dapat ar korang bace nota2 bodo n giler aku lg..

<span>[aca aca penulis profesional la plak aku]</span>
tp bkn tu yg aku nk ceritakan...


 


Ringkasannya:
Hidup umpama suatu percaturan yang harus dihadapi oleh setiap manusia… manusia akan lebih semangat dan ceria dalam hidup jika “jiwa”nya hidup..andai manusia sudah mati jiwanya..umpama dia “bangkai hidup”..



Begitu juga dgn aku..apa yang kualami dulu hingga skrg..aku tahu ujian darinya..


namun kekadang aku tak dapat nak fikir lebih dari itu..kekadang aku kalah dgn emosiku sendiri..


aku selalu mengalah..seolah2 aku pesimis dgn hidup ini..malas utk ku berjuang dlm kehidupan yg sementara ini..





maafkanlah aku Ya Allah....


aku tidak mahu KALAH dalam percaturan hidup ini.. tabahkanlah diriku..
walau sebanyak mana dugaan yg menimpaku..aku tau Engkau masih sayangkan diriku ini..
akan ttpi masih banyak nikmat yg masih dapat kukecapai.. nikmat iman dan keyakinan padaMu..





mungkin Engkau mendugaku…aku tahu itu adalah ujian darimu..
bila mengingatkan ujian atas kasih sayang manusia..aku tak terdaya..
andainya aku tahu aku tak ada hak utk dijodohkan dgn sesiapa yg layak dgnku..
aku terima Ya Allah.. mungkin ini adalah kifarah atas segala dosa-dosaku yang lampau..
mungkin juga ujian utk melihat ketabahan dan kekuatan jiwa hambamu ini..





tak banyak yg ingin kupohon darimu..


kuharap andai ini semua telah ditakdirkan utkku hadapi semasa hayat ku atas dunia ini…..


sekiranya kau tak izinkan aku utk  memiliki org yg sesungguh hatiku ingin memiliki...
kau berilah aku sedikit masa dan peluang untukku membahagiakan satu2nya insan kesayangan ku..
ibuku tercinta...





Ampuni hambamu yang naif ini….


mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yg menimpa..


mungkin juga utk menguji tahap keimanan...


mungkin juga balasan darinya utk perbaiki diri...





Ya allah ya tuhanku..
aku baru saja di uji dgn sedikit ujian darimu..


tersekat nafas kabur pandaganku menahan keperitan itu
tapi aku sudah mengalah sebelum sempat berbuat apa2..


Ya ALLAH tabahkan hatiku dan kuatkan lah imanku....





Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim


hanya namamu yg termampu bermain di bibirku ketika ini
Kau ampunilah dosa ku yg telah aku perbuat


Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas


Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal


Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan


Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista


Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu


Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan





Ya Allah


Kau yang maha megetahui apa yang terbaik untukku


Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku


Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan


Bimbinglah aku ke jalan yang engkau redhai


Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku


Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratmu


Sekiranya aku ingkar dan derhaka


Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatmu



Ya Allah..
sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu


Aku buta tanpa bimbinganMu


Aku cacat tanpa hidayahMu


Aku hina tanpa RahmatMu





Ya Allah..


Kuatkan hati dan semangatku


Tabahkan aku menghadapi segala cubaanmu


Jadikanlah aku insan yang disenangi


Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamamu


Bimbinglah aku menjadi muslim yg soleh...


Hanya padamu Ya Allah ku pohon segala harapan


Kerana aku pasrah dengan dugaanmu


Kerana aku sedar hinanya aku


Kerana aku insan lemah yg kerap keliru


Kerana aku leka dengan keindahan duniamu


Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranmu


Kerana pendek akal ku mengharungi ujianmu





Ya Allah Ya Tuhanku...


Aku hanya ingin menjadi seorang insan yang dirahmati


Insan yang dikasihi


Insan yang soleh


Insan yang sentiasa dihati
dan sekiranya satu pengalahan dapat membahagiakan..
meringankan beban kehidupan seseorang..
aku sanggup turuti kehendaknya ya allah..
kerana aku hanya insan biasa
yg hanya menumpang kebahagiaan di duniamu.....






aku kau panggil pakcik batman



aku  tak sedar secara tak sengaja dan x aku sangka aku kembali ke arah itu..
dan bila aku sedar...aku seharusnya pergi meninggalkan dan melupakan segala yg terjadi..
walaupun resah hatiku belum terubati...maafkan aku kawan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan