Dulu x de Astro..Cartoon Network..Nickolodeon dan lain2..Yg ade RTM & TV3.
So bebudak generasi aku tak byk pilihan dan aku hya dpt menikmati ape yg ade kt 2 stesen tv ni je..
Byk gak kartun best dan menarik dan mampu membuat aku melekat di tv tiap petang
sampai x ingat nak keluar main bola..hehehehe....
Oh....mungkinkah ini sebabnya aku kurang berminat gan bola???
Jadi skrg aku nak kongsi ngan korang salah satu karton febret aku mase tu..
pernah x dengar KELUANGMAN..Bagi sesape yg minat..
jomlah kita same2 mengenang kembali zaman manis kanak-kanak kita dulu…
hahahahaha.........................

kisah Seorg pemuda yg tinggal di Hospital Bahagia Tumpoi..
beliau sebenarnya adalah seorg pembela manusia sejagat iaitu Keluang Man..
Dan Tiong Man adalah pembantunya yg sering membantu menumpaskan musuh negara..
Oleh krn pihak polis kawasan Tampoi yg diketuai oleh Inspektor Sahab seringkali terlambat
sampai ke tempat kejadian..beliaulah superhero yg selalu menolong pihak polis......
manakala Khaty Ismail..seorang wartawan akhbar Metropolitan Tumpoi sering pula cuba
menjejaki superhero misteri ini..Kadangkala gelagatnya seolah-olah sudah jatuh cinta dgn
superhero sebutan ramai ni......
Disebalik topeng Keluang Man adalah seorg pesakit di sebuah hospital gila bernama Borhan..
Dia merupakan seorg jaguh silat sblm dimasukkan ke hospital gila..
Dan Samad adalah Tiongman rakan karib Borhan di Hospital Bahagia Tumpoi..
beliau adalah kawan baik dan pembantu Keluang Man....
Samad mempunyai seorang kekasih bernama Aishah..
tapi dia memutuskan hubungan dengan Aishah krn org ramai mengatakan
bahawa dia dah gila dan hya layak menetap di Hospital Bahagia Tumpoi...
Sebelum dimasukkan ke hospital itu..Samad merupakan seorg mekanik yg berjaya..
namun kejadian letupan yg x disengajakan berlaku di bengkelnya dan menyebabkannya
hilang ingatan dan perlu dipulihkan...
Keluang Man adalah berdasarkan watak Batman..Keluang ialah sejenis kelawar besar..
dan watak Tiongman pulak berdasarkan watak pembantu Batman iaitu Robin...
dan ni salah satu Dialog paling popular tiongman hehehehehe....
"Abang dah gila..Ecah!!! Abang dah gila!!"
kata2 Tiongman bila Aishah masih lagi mahu berjumpa dgnnya di Hospital Bahagia..
dan babak yg paling menarik bagi aku pada watak Aishah mase Tiongman secara x sengaja
terlucut sarung tangan ketika cuba selamatkan Aishah...
sehingga aishah ternampak cincin yg pernah dihadiahkannya pada Samad....
dan tanpa pengetahuan Tiongman..Aishah sudah mengetahui identitinya...
so apakah akan terjadi lepas kejadian tu???????
korang ada kartun febret di zaman kanak-kanak dulu??
Sila kongsikannya bersama...
korang juga dialu-alukan untuk memberi
pandangan..soalan dan komen bernas di ruangan komen di bawah k.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan