KAMI xmungkin jadi kamu
Apa yang istimewanya kamu
KAMI tiada istimewanya seperti kamu itu
Apa yang istimewanya KAMI
kamu pasti ada ke'istimewaan itu
Apa yang kurangnya KAMI
itu adalah KAMI
kerana KAMI tahu kekurangan itulah
sebenarnya MANUSIA
kerana KAMI tahu kekurangan itulah
sebenarnya MANUSIA
KAMI tidak inginkan kecantikan
kerana kecantikan itu boleh membunuh
KAMI tidak sukakan kekayaan
kerana kekayaan itu boleh menyesatkan
KAMI tidak sukakan kesenangan
kerana KAMI tidak akan berusaha untuknya
KAMI sukakan kesusahan
kerana di situ KAMI kenal erti ketabahan dan kejujuran
KAMI sukakan kebaikan
kerana di situ KAMI boleh mengenal kamu
kerana di situ KAMI boleh mengenal kamu
KAMI sukakan kesederhanaan
kerana itulah yang membahagiakan
KAMI sukakan perubahan
kerana itulah hijrah
KAMI tiada uniknya
Tiada menariknya
Tapi terimalah hakikat
Ini adalah KAMI
Seorang hamba Allah yang
menumpang di buminya
Berteduh di lingkungan langitnya
berpijak pada lantai tanahnya
Bertasbih atas kurniaannya
Bertahmid atas nikmatnya
Bertakbir di atas kebesarannya
Dan bersyukur
kerana KAMI masih sempat menjadi KAMI