Ahad, 20 Februari 2011

Hidup ini

setiap orang perlukan kawan,teman,geng,atau orang orang yang boleh kita berhubung...
TAPI!!! apakah itu kawan???.....
geng warung kopi..member seperjuangan..member lepak lepak..rakan rakan sekolah atau kawan kawan bersama kita semasa kita kecil????....x de prejudis..x de perbezaan..x de pertandingan dan x de persaingan...
Sehingga satu hari kita belajar untuk buka mata dan mulai nampak dunia bukan lagi sekadar HITAM dan PUTIH...

x de hal sekarang ni setakat nak buat kawan memang cepat,senang dan pantas...
x payah keluar rumah..tenong je skrin komputer kletak!! kletuk!!  je keybord da dapat kawan...
boleh suka benda yang sama..xsuka pun xpe..kenal xkenal belakang cerita..risiko kita tanggung sendiri kerana persahabatan ialah satu penggembaraan yang x boleh di duga...

kita mengembara dari satu tempat ke satu tempat yang lain membawa kenangan manis dan impian hidup yang ingin kita kongsi..seperti sebutir habuk yang di tiup angin..kita mencari ketentuan hidup dan arah masa depan..kita memikul beban pengalaman pahit yang ingin kita tinggalkan..kisah silam yang ingin kita lupakan dan berpegang pada harapan untuk memulakan hidup yang baru...

TERIKAT..TERKONGKONG..TERKURUNG....
kita mencari jalan untuk melepaskan diri dari kemelot lama yang ikut kita kemana saja kita pergi..kita x boleh lari tapi kita beranikan diri..tabah mencari ruang untuk mencari kebebasan..
kadang kadang kita lupa..bercakap bukan sekadar bercakap..mendengar bukan sekadar mendengar...
tetapi kita sebenarnya sedang mencari jalan penyelesaian dan mencari persefahaman...

kita sedang meluahkan perasaan isi hati dan keinginan untuk difahami..bila kita gagal untuk berkata kata..kita perlukan seseorang untuk membantu..kita perlukan seseorang untuk memahami kekusutan dan tekanan dunia kita...jadi kita kembali mencari dengan penuh harapan sidia yaang telah kita kehilangan..tanpa menyedari kita sudah pun bertemu dengan pengisi kekosongan dan penganti tempat kita mengadu...

bila dunia kita lumpuh..kita belajar untuk bangon semula...kita makan,minom dan membuang masa seperti biasa..tanpa menyedari segalanya sudah pun berubah..kita mungkin kehilangan peluang untuk berkata kata dan mungkin terkapai kapai untuk bersuara..tapi pengalaman yang kita gengam selama ini akan menjadi pengikat persahabatan yang bakal kita jalinkan..

setiap yang kita lakukan mestilah kena denga caranya..nk buat air minuman yang sedap..gula..air..perasa..susu mestilah secukup rasa...kalau nak masak  kena pilih bahan..kena kawal api dan sukatan rencah perlu tepat x boleh lebih x boleh kurang untuk menjadikannya sesuatu yang boleh dinikmati..kerana setiap kesilapan boleh menjejaskan....

seperti juga dalam bercinta lebih kurang sama sahaja..itu dan ini mesti ada..mesti ada kemahuan mesti ada keinginan..baru boleh suka sama suka..dalam persahabatan di perlukan keserasian dan keikhlasan..baru lar boleh NGAMMM...dan dalam kenal mengenal pila mesti ada kesabaran dan kesefahaman....

seperti hidup..cinta juga sebuah perjalanan yang panjang..dan dalam setiap perjalanan ini akan tiba satu ketika apabila cinta terhenti dipersimpangan..pada ketika ini pasangan bercinta harus membuat keputusan yang benar benar menjaminkan kesucian cinta mereka..keputusan untuk mengorbankan cinta demi kesempurnaan masa depan pencintanya sendiri..ataupun pecinta iti memutuskan untuk terus hidup dalam ketidaksempurnaan dan mengharapkan keajaiban.....

MENUNGGU???
rasanya sepanjang hidup kita..kita asyik menunggu........
menunggu masa..menunggu peluang..menunggu nasib..menunggu tanpa penghujung sehingga kita asyik bertanyakan BILA?? BILA?? BILA?? dan BILA?? atau sampai BILA??...tetapi macam mana bosan..jemu..jenuh menunggu..kita terpaksa menunggu.....
hehehehe!!! da jadi macam satu pekerjaan atau bidang la pulak yang x mendatangkan hasil..TAPI kadang kadang menunggu tu rase berbaloi juga bila kawan kawan ada disamping kita.....
bila semua diluar kawalankita..apa yang boleh kita buat selain menunggu dan berharap hanya tunggu dan melihat....

hati yang kita harap akan lembut menjadi semakin keras dan kesunyian yang membelenggu diri menjadikan kita semakin teringin untuk mencapai kebahagiaan dan kesempurnaan..kita perlu berani untuk membebaskan diri..berani untuk melupakan kenangan silam dan mencari ketenangan..tetapi kita perlu mengharungi kehidupan ini selangkah demi selangkah..bergelot dengan diri sendiri dan berhadapan dengan beban yang datang mencari..kita hanya boleh bersedia dan menunggu peluang untuk merampas kembali apa yang telah hilang..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan