Sabtu, 26 Mac 2011

tanda tanda lelaki merajuk dan tips memujuk

Diam Seribu BahasaDia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.
Buat Tak TahuDia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.
Menolak Untuk Makan BersamaBila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan... )

Masam MukaTindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)
Baca Surat KhabarBab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.
Menonton Televisyen Hingga Lewat MalamDia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!
Keluar Rumah Tanpa BeritahuAda lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!
Matikan Telefon BimbitHa ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!
Hisap rokokMacam tak pernah dapat rokok setahun...


Biarkan sahaja si dia bersendirian - kredit, aerialist
Siapa di sini setuju jika kami katakan, lelaki adalah manusia yang paling kuat merajuk?
Kami bertanyakan soalan ini kerana beberapa hari yang lalu, terdapat sebuah email yang masuk ke inbox Tentang Cinta yang dihantarkan oleh salah seorang pembaca Tentang Cinta. Pengirim email tersebut bertanyakan kepada kami tips untuk memujuk lelaki yang merajuk. Tetapi, sebelum kami dapat berkongsikan tips bagaimana untuk memujuk lelaki yang merajuk, kita perlu tahu terlebih dahulu apakah punca sebenar si dia merajuk.

Mengapakah si dia merajuk?

Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya.
Pada kebiasaannya, lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan pasangannya. Perselisihan faham ini menyebabkan si dia tidak berpuas hati dan dia mengambil keputusan untuk membawa diri (merajuk) dan mendiamkan diri dengan tidak membalas mesej atau mengangkat call.
Apabila perkara ini berlaku, pasangannya akan berasa bingung dan pelik kenapa si dia perlu merajuk? Masalah yang berlaku bukan suatu isu yang besar dan tidak perlu merajuk sampai sebegitu rupa. Dan pasangannya akan terus cuba menghubungi si dia dan bertanyakan pelbagai soalan bagi menyelami perasaannya. Ini menyebabkan si dia akan semakin mendiamkan diri dan pergi semakin jauh.

Jadi, bagaimanakah caranya untuk memujuk si dia?

Terdapat 4 tips yang dapat anda gunakan bagi memujuk lelaki yang merajuk. Mudah-mudahan apa yang kami kongsikan di sini dapat membantu anda dalam memulihkan keadaan dan dapat memujuk si dia yang sedang mendiamkan diri itu. :)
1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian
Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.
2. Sentiasa memberikan si dia sokongan
Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.
3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya
Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.
4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda
Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda. Mungkin dengan melayari Forum Tentang Cinta, membaca novel kegemaran anda, atau pun melakukan hobi kesukaan anda seperti memasak, menjahit ataupun shopping. Dengan cara ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang sedang cuba pulih daripada merajuk itu.
Selain daripada 4 tips ini, kami juga ada menulis beberapa artikel mengenai tips memujuk mereka yang merajuk. Di antaranya adalah:
Diharapkan dengan tips yang kami kongsikan di sini, dapatlah anda gunakan untuk memujuk pasangan lelaki anda itu. InsyaAllah, mudah-mudahan si dia akan kembali menghubungi anda dan perhubungan anda pulih seperti sedia kala.
Sekiranya anda mempunyai tips memujuk lain yang anda ingin kongsikan, sudi-sudilah memberikan komen di bawah ini. Agar kita sama-sama dapat membantu antara satu sama lain memujuk pasangan lelaki kita yang sedang merajuk itu.

rahsia tahi lalat

TandaFirasat Tahi Lalat
Bibir atas kananBanyak rezeki, pandai
Bibir atas kiriRamai kawan, baik hati
Bibir bawah kananDisegani orang, ramai yang suka
Bibir bawah kiriPandai bicara, tak mudah kalah
Leher kananCerdas, jujur, berani menderita
Leher kiriCerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
Leher di tengahTercapai cita-cita
Biji mata kananSuka serong dan pembohong
Biji mata kiriPembohong tetapi baik hati
Hujung mata kananBaik hati, sopan santun, cerdas
Hujung mata kiriBaik budi, murah rezeki
Punggung kananAgak mengalami kesulitan
Punggung kiriMalas dan suka duduk
Betis kananSuka berhibur, boros
Betis kiriRajin, tidak suka menganggur
Lutut kananBersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
Lutut kiriKurang kuat berusaha
Kepala sebelah kananTerkabul cita-cita
Kepala sebelah kiriSering menemui kesusahan
Kepala sebelah belakangJujur, sabar dan tekun
Kening kananCerdas dan cekap
Kening kiriCerdas dan sopan santun
Tengah keningKeras hati dan berani segala hal
Hujung mulut kananKecil rezeki, tak mudah kalah
Hujung mulut kiriSuka berpoya-poya
Ketiak kananDapat menyimpan rahsia
Ketiak kiriJujur, banyak yang cinta
Pergelangan kaki kananSuka keluar rumah
Pergelangan kaki kiriKehendak kuat
Batang hidungBanyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
Pada hidungBanyak rezeki
Dagu bawah kananJujur dan baik hati
Dagu bawah kiriBijaksana, dan berbudi luhur
Kemaluan kanan atau kiriBaik, suka senggama
Di kepala kemaluan (lelaki)Bakal beristeri dua
Tumit kananJujur dan banyak kawan
Tumit kiriBaik budi
Alis kananSuka menolong dan baik hati
Alis kiriRamai yang suka
Pangkal peha kananKemahuan kuat
Pangkal peha kiriSuka kerja apa pun
Telapak kaki kananTak mudah mengeluh
Jari kaki kananSuka menolong
Jari kaki kiriBerbudi, suka berbuat baik
Bahu kananCermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
Bahu kiriSuka kerja keras, banyak tanggungjawab
Buah dada kananBaik hati, pendiam, simpan rahsia
Buah dada kiriRamai kawan, setia pada pasangan
Lengan kananSetia dan taat pada atasan
Lengan kiriMenepati janji dan rajin
Pipi kananRamai teman
Tengah-tengah pipi kananRamai yang suka
Tengah-tengah pipi kriRamai teman
Ubun-ubunKurang jujur
PusatCerdas, tangkas, tekun
Pusat bahagian kananSejahtera dalam hidup
Pusat bahagian kiriBeroleh kemuliaan
Pinggang kananSayang pada pasangan hidup
Pinggang kiriDisayang pasangan hidup
Dada kananDapat mengatasi masalah
Dada kiriBerani, jujur dan sabar
Telapak kaki kananTidak mudah mengeluh
Telapak kaki kiriBaik budi pekertinya
Siku tangan kananKuat ingin memiliki kejayaan
Siku tangan kiriBaik hati, suka menolong
Jari tangan kananSerba beroleh keuntungan
Jari tangan kiriSerba baik bekerja
Jari telapak tangan kananBanyak rezeki tetapi boros
Jari telapak tangan kiriBanyak rezeki dan cermat
Pergelangan tangan kananBoros, suka bersukaria
Pergelangan tangan kiriDapat berpangkat
Perut bawah kananBanyak rezeki, suka memberi maaf
Perut bawah kiriBaik hati, tenang hidupnya
Sudut mata kanan dalamDisayang suami atau isteri
Sudut mata kiri dalamTidak mudah dilupakan pasangan
Sudut mata kanan luarBaik budi, ramai yang cinta
Pelipis kiriMurah rezeki, dapat jadi kaya
Pelipis kananSerba berhasil dalam usaha
Kelopak mata kanan atasBaik hati, ramah, berjaya
Kelopak mata kiri atasBaik budi, ramai yang suka
Kelopak mata kanan bawahAgak malas
Kelopak mata kiri bawahAgak bodoh, kurang bijaksana

SAGITTARIUS

SAGITTARIUS : YANG BERWAWASAN LUAS

Ciri Positif
Orang yang lahir pada tarikh antara 23 November hingga 20 Disember dikatakan bernaung di bawah zodiak SAGITTARIUS, yang berlambang Pemanah. Anda minat belajar, bersikap optimis, kembara, kefahaman diri, berminda tinggi, mempunyai hati nurani, berpegang pada agama, psikologi, suka pada keseronokan, bijaksana, selalu ada tuah, gemar penerokaan dan ada pelbagai impian.
Ciri Negatif
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda berada dalam kecuaian, tidak mematuhi undang-undang, berada dalam kegelisahan, pembazir, terlalu menurut kehendak hati, tidak jujur dan tidak bertanggungjawab.
Kualiti Astrologi
Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah GEMINI, VIRGO dan PISCES.
SAGITTARIUS SEPINTAS LALU


LambangPemanah
Kunci KataOptimis
KekuatanKetahanan Diri
Perlu PerbaikiKeupayaan Berkomunikasi
Cepat Mesra DenganAries
Perlu Belajar DaripadaGemini
Untuk Keselamatan Berpaling KepadaPisces
Kerjaya Boleh Dipergaruhi OlehVirgo
Perkara Kerohanian Mudah Dibantu OlehLeo; Scorpio
Warna KesukaanBiru; Biru Tua
Warna Yang Membuahkan Cinta, Asmara Dan HarmoniKuning; Kuning-Oren
Warna Yang Menampilkan Kehebatan DiriHitam; Biru Nila
Batu PermataPekung; Firus
LogamTimah
Bau-bauanMelati; Bunga Teluki; Damar
Hari TerbaikKhamis



SAGITTARIUS : GELAGAT PERHUBUNGAN
Orang yang dilahirkan dibawah lambang Sagittarius adalah seorang yang cintakan kebebasan. Jadi , ini bermakna anda bukanlah seorang yang posesif ( pengongkong ). Anda merupakan kawan atau pasangan yang menyenangkan kerana anda mempunyai wawasan yang luas dan bersikap tenang.
Anda gemar mencari seberapa banyak kawan tetapi hanya segelintir sahaja yang anda dapat percayai. Dari segi perhubungan yang membuahkan cinta , Sagittarius gemar bertukar – tukar kawan atau pasangan sebelum bertemu dengan pasangan yang paling secocok.
Namun , Sagittarius seorang kekasih yang setia. Pasangan yang anda gemari ialah bukan dari jenis yang cemburu. Jadi , pasangan yang sesuai dengan anda ialah ARIES ( 21 Mac – 20 April ) dan GEMINI ( 21 Mei – 20 Jun ). Sebaliknya , hubungan anda dengan CAPRICORN ( 21 Disember – 19 Januari ) atau CANCER (21 Jun – 20 Julai) perlu anda hindari lantaran kurang sesuai dengan anda.
Aries sesuai dengan anda kerana Aries juga menyukai pada kebebasan .
Sifat Aries yang periang dan cerdas juga sangat menyenangi anda. Begitu juga dengan hubungan anda dengan Gemini kerana Gemini sukakan kebebasan dan periang yang mana sudah tentu sesuai dengan anda. ( Sagittarius )
Walau bagaimana pun , Capricorn yang cemburu dan posesif agak kurang sesuai bagi Sagittarius yang gemarkan kebebasan. Begitu juga hubungan anda dengan Cancer yang agak sensitif . Ini kerana orang Sagittarius tidak bersedia untuk meluangkan masanya untuk menyelami isi hati orang yang sensitif.
SAGITTARIUS : PERHUBUNGAN SEKS
Orang yang berkelahiran Sagittarius akan terus mencari cinta sejati. Tetapi, apabila anda menemui cinta sejati, anda akan terus mengabdikan diri anda pada pasangan anda itu. Sagittarius suka berterus-terang tetapi ada kalanya anda suka menimbang-nimbangnya terlebih dahulu. Sebaik-baik sahaja sudah membuat keputusan, anda akan ke ranjang dengan pasangan anda sehingga dia tidak berupaya menolak lagi sehingga kamu berdua mendapat kepuasan bersama. Anda bersedia menggunakan kuasa mempergaruhi sehingga tidak banyak daripada pasangan anda yang berpeluang menolak kemahuan anda. Dengan kata lain, anda selalu menjadikan sesuatu yang dibayangkan menjadi kenyataan. Lantaran itu, pasangan anda harus bersedia mengendalikan setiap tindak tanduk Sagittarius demi mengelakkan kelukaan.

SAGITTARIUS : KERJAYA DAN KEWANGAN
Sagittarius agak memilih pekerjaan. Anda seorang pemikir yang mempunyai impian yang 'besar'. Anda mengkehendaki wang, nama, glamour, prestij dan pengiktirafan masyarakat. Namun, kerjaya yang sesuai bagi Sagittarius ialah tugas dan tanggungjawab yang melibatkan perkhidmatan amali kepada orang lain seperti jururawat, doktor, agen pelancongan, pegawai kewangan atau pegawai di syarikat menjual ubat-ubatan. Di tempat kerja, anda sememangnya rajin, tekun, suka menolong rakan sekerja dan suka memuji kawan dan ketua. Dengan mempunyai kerjaya yang sesuai, anda biasanya mudah mendapatkan wang. Tetapi, anda tidak mengutamakan wang begitu banyak, lantaran sikap kesederhanaan yang terdapat dalam diri anda. Apabila menghadapi  masalah kewangan, anda biasanya mudah mendapat bantuan dari keluarga atau perniagaan keluarga. Ini berlaku demikian kerana sememangnya sifat anda sentiasa mementingkan kawan, sehingga apabila diri anda berada dalam kesempitan ada sahaja kawan yang menghulurkan bantuan nasihat atau kebendaan.


SAGITTARIUS : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA
Sagittarius sukakan keluarga dan rumah tangga yang harmoni. Sikap demikian menyebabkan sebarang masalah yang dihadapi Sagittarius segera dapat diatasi dengan bantuan anggota keluarga. Anda suka memberi kebebasan kepada kanak-kanak dan remaja. Walau bagaimanapun, apabila berhadapan dengan anak-anak sendiri, anda agak mengongkong mereka. Walaupun terdapat sedikit masalah dengan anak-anak pada peringkat awal, namun pada keseluruhannya, anda berjaya mengatasinya berkat kerjasama dan persefahaman.

SCORPIO

SCORPIO : YANG RASIONAL

Ciri Positif
Orang yang lahir pada tarikh antara 23 Oktober hingga 22 November dikatakan bernaung di bawah zodiak SCORPIO, yang berlambang Kala Jengking. Anda mempunyai daya penarik, kreatif, ada keinginan yang kuat, punya stamina, daya seksual yang tinggi dan ada bakat menyembuh.
Ciri Negatif
Walau bagaimana pun,ada kalanya Scorpio mudah menaruh rasa cemburu, suka menuntut bela, suka 'membinasakan diri', melampau, fanatik, tamak dan berdaya untuk menyerang.
Kualiti Astrologi
Scorpio termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, ketabahan, ketahanan, dan kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain anda ialah TAURUS, LEO dan AQUARIUS.
SCORPIO SEPINTAS LALU


LambangKala Jengking
Kunci KataKreatif
KekuatanKuasa Menukar Kehidupan Sepenuhnya
Perlu PerbaikiPengetahuan Wang dan Pemilikan
Cepat Mesra DenganPisces
Perlu Belajar DaripadaTaurus
Untuk Keselamatan Berpaling KepadaAquarius
Kerjaya Boleh Dipergaruhi OlehLeo
Perkara Kerohanian Mudah Dibantu OlehCancer; Libra
Warna KesukaanUngu Merah
Warna Yang Membuahkan Cinta, Asmara Dan HarmoniHijau
Warna Yang Menampilkan Kehebatan DiriBiru
Batu PermataBatu Darah; Malakit; Manikam Kuning (Topaz)
LogamBesi; Waja; Radium
Bau-bauanKelapa; Ceri; Cendana; Tembikai
Hari TerbaikSelasa



SCORPIO : GELAGAT PERHUBUNGAN
Di sebalik penampilan yang agak kasar ,Scorpio adalah seorang yang lemah . Anda suka disanjung dan takut pada kritikan. Anda sangat mengharapkan kejujuran kawan atau pasangan anda sehingga anda sampai menjadi seorang yang pengongkong dan mudah cemburu.
Kalau anda disakiti , anda cepat melenting. Dalam hubungan ini , kawan atau kekasih yang ideal bagi Scorpio adalah seseorang yang mempunyai daya kesabaran yang paling tinggi dan berupaya menawan kekasaran anda.
Orang yang bernaung di bawah lambang TAURUS ( 21 April – 20 Mei ) dan CANCER (21 Jun – 20 Julai)merupakan
pendamping yang sesuai yang diperlukan oleh Scorpio. Sebaliknya, orang yang bernaung di bawah naungan
ARIES ( 21 Mac – 20 April ) dan GEMINI ( 21 Mei – 20 Jun ) pula perlu dihindari oleh Scorpio.
Taurus adalah pedamping yang diperlukan oleh Scorpio . Dengan kesabaran yang ditunjukkan oleh Taurus , Scorpio mampu melenyapkan sikap kasarnya.Dengan sikap Taurus yang matang dan mantap akan menyebabkan sifat Scorpio yang pencemburu itu akan mudah berasa damai ( tenang ).
Berpasangan dengan Cancer pun akan menyenangkan Scorpio. Cancer biasanya seorang yang boleh dipercayai dan mantap . Dia mampu memberi perlindungan dan kedamaian yang diperlukan. Tambahan pula , Cancer juga berpandangan konservatif seperti Scorpio.
Sebaliknya, Aries bukanlah pasangan yang idela bagi Scorpio . Aries cenderung memperkatakan sebarang perkara , sedangkan Scorpio takut dikritik. Demikian juga dengan hubungan Scorpio – Gemini . Sifat Gemini yang keanak – anakan tidak sesuai bagi Scorpio yang juga cenderung bersifat demikian.


SCORPIO : PERHUBUNGAN SEKS
Scorpio sememangnya lambang zodiak yang seksi. Cubalah tanya pada orang yang pernah bercinta dengan scorpio. tentulah dia setuju dengan hakikat itu. Scorpio laksana magnet dan orang lain akan mudah tertarik kepadanya. Sayang sekali, sesiapa yang bukan dari jenis yang setia, jangan cuba-cuba mendekati Scorpio. Orang yang berlambang Scorpio sentiasa berhati-hati dan sekiranya dia mengetahui dirinya tertipu, tunggu sajalah sengatannya yang berbisa! Orang kelahiran Scorpio mungkin seorang yang cemburu dan kadang-kala sukar untuk dijangka tindakannya. Namun, anda dapat memastikan bahawa tiada sesiapa yang betul-betul menyintai anda sebagaimana yang dapat diberikan oleh Scorpio. Tetapi, apabila anda mendapat kepercayaan daripada Scorpio, sudah pasti anda akan dicintai sepenuhnya sehingga anda tidak memerlukan orang lain.

SCORPIO : KERJAYA DAN KEWANGAN
Scorpio ingin menjadi pemimpin.Namun, hasrat itu sentiasa dirahsiakan dan tidak dinyatakan secara umum, barangkali sebagaimana orang yang berlambang Leo. Cita-cita utama Scorpio dalam hidup ialah supaya diangkat oleh teman-teman atau masyarakat sebagai sumber kehidupan dan kebanggaan. Scorpio biasanya berjaya sebagai akauntan, peguam, pengurus atau ahli bank. Dari segi kewangan pula, wang ringgit adalah kuasa bagi orang Scorpio. Wang akan menjadi penyebab kepada perubahan dan pengawalan. Dalam hubungan ini, jika tidak dikawal, Scorpio mudah menjadi manusia yang mengutamakan kebendaan dan dikuasai oleh tujuan mendapatkan wang semata-mata! Dari segi lain, kerjaya kebanyakkan orang berlambang Scorpio akan terlibat dalam bidang kewangan seperti akauntan atau pengurus bank. Tetapi, perlu berhati-hati supaya tidak berlaku penyalah-gunaan kuasa wang! Walau bagaimanapun, biasanya Scorpio memperolehi wang dari usaha sendiri yang gigih.

SCORPIO : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA
Scorpio sememangnya inginkan rumahtangga dan keluarga yang harmoni. Namun, cara yang dilakukan untuk menimbulkan suasana tersebut kadang kala dilakukan secara paksaan yang sudah tentunya menyinggung perasaan setiap ahli keluarga. Dalam hubungan ini, nampaknya Scorpio perlu membina sikap mengutamakan kehidupan berkeluarga dan rumahtangga. Anda sepatutnya menimbulkan suasana melayan aktiviti keluarga sebagai satu pasukan, yang mana setiap ahli keluarga perlu menyumbangkan peranan dan tugas yang sesuai. Ini adalah penting kerana sikap Scorpio yang rakus, bersemangat dan sedia memberi penumpuan, jika tidak diimbangi dengan sikap bertolak-ansur, boleh membawa ke arah sikap 'kuku besi'. Dengan yang demikian, sewajarnya Scorpio memperlajari ilmu dan teknik penjagaan anak, rasa bertolak ansur dalam keluarga dan berusaha mengurus rumahtangga secara persefahaman

LIBRA

LIBRA : YANG BIJAK

Ciri Positif
Orang yang lahir pada tarikh antara 23 September hingga 22 Oktober dikatakan bernaung di bawah zodiak LIBRA, yang berlambang Alat Penimbang (Dacing). Dengan yang demikian , orang yang berzodiak Libra biasanya berciri – ciri harmoni , seimbang , gemarkan perkahwinan , sukakan perhubungan , mengutamakan kesamarataan , pakatan , diplomasi , berseni , suka membantu , sentiasa dalam keadaan ceria , dapat menjadi pasangan yang ideal dan sukakan keadilan .
 Ciri Negatif
 Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap bolak-balik, pura-pura, tidak jujur, tujuan kurang tegas, atau tindakan kurang seimbang.
Kualiti Astrologi
Anda termasuk dalam kategori kardinal, iaitu aktif (berprinsip memulakan sesuatu). Dengan kualiti ini anda dianggap baik untuk merangsang dan memulakan setiap projek baru. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori kardinal selain anda ialah ARIES, CANCER dan CAPRICORN

LIBRA SEPINTAS LALU

LambangDacing
Kunci KataPerhubungan
KekuatanKesinambungan; Kehalusan
Perlu PerbaikiRasa Diri
Cepat Mesra DenganAquarius
Perlu Belajar DaripadaAries
Untuk Keselamatan Berpaling KepadaCapricorn
Kerjaya Boleh Dipergaruhi OlehCancer
Perkara Kerohanian Mudah Dibantu OlehGemini; Virgo
Warna KesukaanBiru; Hijau Jed
Warna Yang Membuahkan Cinta, Asmara Dan HarmoniMerah Gincu; Merah; Merah Marah
Warna Yang Menampilkan Kehebatan DiriMerah Perang; Ungu; Ungu-Merah
Batu PermataKemerah-merahan; Merjan; Zamrud
LogamTembaga
Bau-bauanMawar; Badam; Vanila
Hari TerbaikJumaat



LIBRA : GELAGAT PERHUBUNGAN
Libra sukar benar untuk membuat pertimbangan dan sentiasa berada dalam keadaan ragu – ragu. Anda seorang yang gemar mencari kawan tetapi tidak banyak daripada kawan – kawan anda yang dapat anda percayai.
Keadaan yang sama berlaku dalam soal anda mencari kawan yang dapat anda jadikan kekasih anda… Akibatnya , anda berkemungkinan terlibat dalam pelbagai kisah cinta sebelum bertemu dengan seseorang
yang sesuai anda yakini.
Libra juga menampilkan sifat yang agak sukar untuk difahami oleh pasangan/kawan
anda. Misalnya , pada hari ini cinta anda begitu membara sekali ; tetapi pada hari esoknya anda kelihatan sebaliknya. Namun Libra adalah seorang kekasih yang bijak dan sentiasa menjaga
perbuatan dan pertuturannya agar kekasihnya tidak tersinggung.
Pendamping yang ideal buat Libra ialah TAURUS ( 21 April – 20
Mei )
dan LEO (21 Julai – 21 Ogos ). Sebaliknya , hubungan anda dengan ARIES ( 21 Mac – 20 April ) dan GEMINI ( 21 Mei – 20 Jun ) didapati kurang sesuai .
Taurus yang matang dan sabar sangat diperlukan untuk mengendalikan sifat Libra yang sentiasa dalam keraguan . Manakala , Leo yang tangkas pula , dapat menjadi kekasih yang baik buat Libra . Dia tahu menyenangkan hati anda yang suka menimbang – nimbang sesuatu keputusan dan sentiasa dalam keadaan keraguan itu.
Sebaliknya , Aries yang suka bergantung pada kawan / pasangannya sudah tentu tidak sesuai dengan Libra yang sememangnya suka menimbang – nimbang dan sentiasa ragu – ragu itu. Lagipun , Aries sukakan keputusan yang cepat , sedangkan Libra sememangnya agak lambat dalam memberi keputusan.
Begitu juga halnya hubungan anda dengan Gemini , bukanlan hubungan yang ideal bagi anda . Sifat Gemini yang cepat bosan dan sering berubah – ubah itu sememang sukar di ‘pegang’ memungkinkan anda cepat berasa kecewa.

LIBRA : PERHUBUNGAN SEKS
Orang berlambang Libra didapati sangat suka bermain dengan cinta lantaransikap Libra
suka berkawan banyak. Tetapi, berhati – hati ! Pada sesiapa yang mahu memulakan perhubungan
yang serius dengan Libra , anda akan mudah kecewa kerana Libra sememangnya rakus dan gemar mempunyai lebih dari satu pasangan. Betulkah begitu ?
Tetapi , yang pasti orang berlambang Libra sentiasa memerlukan pasangan di sampingnya. Kebanyakan Libra yang suka ber’main’ cinta ini , sebenarnya berasa benci dengan sikap diri yang sebegitu . Namun , mereka terlalu mudah untuk jatuh cinta jika dibandingkan dengan zodiak – zodiak yang lain. Akibatnya, orang berlambang zodiak Libra ini akan mudah ter’luka’.

LIBRA : KERJAYA DAN KEWANGAN
Di khalayak ramai , orang berlambang Libra ini adalah pembela . Kawan atau kenalannya
adalah merupakan ‘ahli keluarga’ nya. Mungkin inilah sebabnya Libra ada potensi untuk menjadi ketua atau menonjol dalam kepimpinan politik.
Dalam hal mengembangkan bakat , Libra sukakan kerjaya yang dapat menyatakan idea dan perasaannya secara bebas ( terbuka ). Sehingga Libra banyak terlibat dalam seni kreatif dan di samping kerjaya yang lain , Libra mampu menonjol sebagai pendidik atau pakar perunding.
Namun , Libra lebih fleksibel dalam pendekatan kepada kerjaya. Bagi Libra , hati dan perasaan kawan atau orang sekitarnya perlu dihormati perasaan mereka. Dari segi kewangan, Libra memang berusaha mencari wang ringgit, tetapi lebih untuk faedah orang lain daripada dirinya semata – mata. Setiap wang yang diperolehi dipastikan menjadi keperluan menyara keluarga atau kawan.
Mungkin dengan sebab yang demikian , Libra kerap membelanjakan wang yang banyak untuk hiburan atau perkara yang seumpamanya. Di samping , Libra gemar menolong kawan yang memerlukan bantuan kewangan. Dengan perkataan lain , bagi orang yang berzodiak Libra, “wang senang datang dan senang pula pergi”.

LIBRA : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA
Kelahiran Libra sememang sukakan rumah yang terurus , bersih dan kemas tetapi agak malas mengemas sendiri. Beban rumah tangga katanya !Apabila termampu , Libra rela mengupah orang lain untuk mengemaskan rumahnya ! Namun , Libra gemar berkebun dan menggemari bunga dan pokok di dalam rumah . Sesuai dengan sikap Libra yang sukakan keharmonian dan kreativiti , dan sering saja Libra membiarkan anak – anak melakukan apa yang diingini mereka. Walau bagaimana pun , kebebasan anak – anak perlu ada batasannya , betul tak Libra ?

VIRGO

VIRGO : YANG SERIUS

Ciri Positif
Orang yang lahir pada tarikh antara 22 Ogos hingga 22 September dikatakan bernaung di bawah zodiak VIRGO, yang berlambang Seorang Gadis. Dengan yang demikian, anda suka pada kerja, hasil kerja sempurna, punya wira-diri, suci, mengutamakan penjagaan kesihatan, ada kesedaran, memberi penumpuan berdisiplin, praktikal, sedia berkhidmat dan menyeluruh.
Ciri Negatif
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda berasa bimbang, cerewet, berpandangan sempit, terlalu tertib, suka merungut, tidak mudah mengaku kalah, dan ada ciri mengkritik.
Kualiti Astrologi
Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah GEMINI, PISCES dan SAGITTARIUS.
VIRGO SEPINTAS LALU


LambangSeorang Gadis
Kunci KataKerja; Kesihatan
KekuatanKuasa Analisis
Perlu PerbaikiRasa kemaafan; pemahaman; komplek teka-teki
Cepat Mesra DenganCapricorn
Perlu Belajar DaripadaPisces
Untuk Keselamatan Berpaling KepadaSagittarius
Kerjaya Boleh Dipergaruhi OlehGemini
Perkara Kerohanian Mudah Dibantu OlehSagittarius
Warna KesukaanPerang Tanah; Kuning Tanah; Oren; Kuning
Warna Yang Membuahkan Cinta, Asmara Dan HarmoniBiru Laut
Warna Yang Menampilkan Kehebatan DiriHijau Jed; warna Lembayung
Batu PermataAkik
LogamPerak Kilat
Bau-bauanCendana; Teratai; Lilak
Hari TerbaikRabu



VIRGO : GELAGAT PERHUBUNGAN
Orang yang dilahirkan pada tarikh di antara 22 Ogos hingga 22 September sentiasa tenang, serius dan agak kolot. Dari segi berkawan , anda mungkin tidak suka menunjuk – nunjuk bahawa anda ini adalah seorang kawan yang dapat dipercayai , tetapi anda adalah seorang kawan yang bertanggungjawab. Dari segi pergaulan yang membuahkan cinta, Virgo mungkin tidak romantis tetapi anda dapat menjadi kekasih yang 'hangat'. Kata – kata “ Biar Lambat Asal Selamat “ dapat anda terapkan dalam percintaan. Apabila anda tertarik pada seseorang , anda tidak akan terburu – buru bergaya atau memikat ( menggoda ) . Sebaliknya anda akan mengamati dan meneliti dahulu sebelum mengungkap isi hati anda . Lantaran itu anda bukan petualang cinta. Cancer ( 21 Jun – 20 Julai ) dapat menjadi kawan atau kekasih yang baik bagi Virgo . Manakala bersama Virgo yang serius , Cancer yang cemburu ; tidak akan berasa resah . Di samping sifat Cancer yang sukar dijangka akan membuatkan Virgo menjadi ceria memikirkan sesuatu yang tersirat di fikiran . Pasangan yang juga tepat bagi Virgo ialah Leo( 21 Julai – 21 Ogos ) . Sifat Leo yang gemar berubah menurut kehendak hati ; tetapi Leo tahu cara untuk menggembirakan kawan atau kekasih seperti Virgo. Sebaliknya , Sagittarius( 23 November – 20 Disember ) bukan pasangan yang ideal buat Virgo. Sagittarius pecinta kebebasan sedangkan Virgo cenderung untuk merancang sesuatu dalam hidup dengan teliti. Seterusnya , sifat Virgo agak tertutup , misalnya dalam hal mengungkapkan rasa cinta, manakala sifat Sagittarius lebih terbuka , sehingga tidak segan – silu menciumi kekasihnya di khalayak ramai !

VIRGO : PERHUBUNGAN SEKS

Virgo sangat berhati – hati terhadap sesiapa yang menjadi pasangannya di ranjang. Mereka memiliki cita rasa moral yang tinggi dan tidak biasa mempunyai lebih daripada seorang pasangan pada satu –satu masa. Sesetengah Virgo bersifat penyayang , tetapi sebahagian lagi terlalu penyegan . Maksud di sini , Virgo hanya memilih pasangan yang bijak , melainkan anda dapat membuktikan kepada Virgo bahawa anda bijak dan cantik . Jika sebaliknya , tunggulah saat anda kehilangan Virgo.
VIRGO : KERJAYA DAN KEWANGAN

Virgo mencapai saat mantap dalam kerjaya apabila dia dapat memperlihatkan ilmu dan kemahirannya yang dapat difahami oleh orang lain. Ini bermakna , kelahiran Virgo perlu mengembangkan bakat pertuturan apabila berkomunikasi dengan orang lain . Kerjaya yang sesuai adalah guru atau wartawan . Virgo begitu aktif dalam menjalankan tugas harian . Anda suka belajar sebarang jenis pekerjaan asalkan ada ganjaran dalam bentuk wang. Oleh sebab anda seorang yang tekun , cekap dan sentiasa produktif ; sebagai ganjaran terhadap sikap anda itu , anda sentiasa berada dalam kecukupan dari segi kewangan. Virgo mudah dapat wang tetapi anda bukan seorang pemboros. Sebaliknya , suka menyimpan . Kalau terlibat dalam pelaburan sekalipun , anda sentiasa berhati – hati supaya risikonya tidak tinggi.
VIRGO : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA

Rumah orang berzodiak Virgo sentiasa kemas , bersih dan teratur. Kalau berada di dalam rumah Virgo , anda jangan cuba – cuba mengalihkan susunan perabotnya ! Namun , Virgo perlu bertimbang rasa terhadap anak – anak dan ahli – ahli keluarga yang tinggal serumah dengannya, sebab tidak semua orang sama cita rasa dalam hal mengemas rumah dan menyusun perabot . Aneh juga bagi anda yang berlambang Virgo sebab , kalau ada sedikit masalah , anda gemar ‘ berkurung ‘ dan menyendiri di dalam rumah. Namun , jika tiada bermasalah , Virgo gemar menjadi tuan rumah kepada perkumpulan untuk sembang – sembang dan makan minum. Virgo menyukai kanak – kanak , tetapi agak tegas , lantaran anda bercita – cita menjadikan anak – anak bermoral dan pandai berdikari apabila dewasa.

LEO

LEO : YANG DAPAT DIPERCAYAI

Ciri Positif
Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Julai hingga 21 Ogos dikatakan bernaung di bawah zodiak LEO, yang berlambang Singa. Anda mengutamakan rasa cinta , mesra , bersifat pemurah , ada daya kepimpinan , menonjolkan kemegahan , sentiasa hidup , menonjolkan keagungan , keberanian , keupayaan , rapat dengan anak – anak , berbakat dan suka pada hiburan.
Ciri Negatif
Walau bagaimana pun,ada kalanya Leo ini kerap menunjukkan ego , banyak cakap , memperlihatkan sifat ketuanan , menunjuk – nunjuk , mengejar kemewahan , dan menghadapi komplek rendah diri dan bangga diri.
Kualiti Astrologi
Leo termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, ketabahan, ketahanan, dan kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain anda ialah TAURUS, AQUARIUS dan SCORPIO.

LEO SEPINTAS LALU

LambangSinga
Kunci KataCinta
KekuatanTujuan Diri Sendiri
Perlu PerbaikiKespontanan dan penerimaan ketidak terdugaan
Cepat Mesra DenganSagittarius
Perlu Belajar DaripadaAquarius
Untuk Keselamatan Berpaling KepadaScorpio
Kerjaya Boleh Dipergaruhi OlehTaurus
Perkara Kerohanian Mudah Dibantu OlehAries; Cancer
Warna KesukaanEmas; Oren; Merah
Warna Yang Membuahkan Cinta, Asmara Dan HarmoniHitam; Biru Nila; Biru Laut
Warna Yang Menampilkan Kehebatan DiriKuning-Oren; Kuning
Batu PermataAmbar; Intan Kuning
LogamEmas
Bau-bauanKemenyan; Kasturi
Hari TerbaikAhad


LEO : GELAGAT PERHUBUNGAN

Dalam pergaulan , orang yang dilahirkan dengan lambang Leo , memang dapat dipercayai. Dalam perhubungan yang membuahkan cinta, Leo memang serius . Demi kelancaran hubungan cinta , Leo bersedia melakukan apa saja ! Lantaran itu , anda yang berzodiak Leo adalah setia dan dapat dipercayai. Bagi Leo , cinta adalah sesuatu yang peribadi , sehinggakan anda tidak memperlihatkan kasih sayang anda di khalayak ramai .
Leo suka bergaul sehingga tidak dapat berdampingan dengan seseorang yang cemburu dan mengongkong. Dalam situasi ini , Libra ( 23 September – 22 Oktober ) , Sagittarius ( 23 November – 20 Disember ) , dan Taurus ( 21 April – 20 Mei ) adalah pendamping ideal buat Leo. Sebaliknya , Capricorn ( 21 Disember – 19 Januari ) dan Scorpio ( 23 Oktober – 22 November) agak kurang sesuai .
Hubungan dengan Libra dapat membahagiakan Leo. Seperti anda , Libra juga memerlukan cinta yang menyeronokkan . Libra tidak suka memutuskan perhubungan lantaran dia matang dalam membuat keputusan. Pasangan yang juga tepat bagi Leo ialah Sagittarius dan Taurus . Sifat Sagittarius yang periang dapat menjadikan anda berbahagia . Daya fikir Sagittarius yang luas sehinggakan mengagumkan anda (Leo). Walaupun kurang romantis , namun Sagittarius tahu bagaimana cara menyenangkan kekasihnya.Taurus yang matang , penyabar dan penyayang memang sesuai buat Leo , terutama dalam meningkatkan mutu kerjaya.
Capricorn yang cemburu bukanlah pasangan yang ideal bagi Leo . Anda juga berasa terlalu kaku dan kolot dalam soal berfikir. Apabila anda melemparkan sesuatu idea, Capricorn mungkin mengambil masa yang lama untuk memahaminya. Leo juga agak sukar berdamping dengan Scorpio . Apabila Scorpio berasa marah , Leo pastinya tidak dapat bertahan (bersabar). Kata – kata Scorpio yang berbentuk leteran juga membosankan Leo.
LEO : PERHUBUNGAN SEKS

Leo adalah satu lambang cinta di dalam zodiak . Orang kelahiran lambang Leo cukup romantik. Mereka sedia menyelimuti pasangan dengan hadiah dan kasih sayang. Seseorang yang selalu kecewa dengan pasangannya yang tidak menyatakan perasaan cinta dengan jelas , hendaklah mencari pasangan di bawah lambang Leo . Dia tidak akan berhenti – henti
menyatakan betapa cintanya dia pada anda.Kelahiran Leo juga merupakan lambang peneraju yang sentiasa inginkan teraju kepimpinan di atas ranjang. Oleh sebab Leo begitu romantik , seks baginya merupakan pengalaman yang sentiasa menyeronokan.




LEO : KERJAYA DAN KEWANGAN

Kelahiran Leo ini memang suka kelihatan mewah dan bergaya. Kalau anda seorang yang kaya , anda gemar memiliki rumah besar dengan tanah dan kebun yang luas. Dalam kerjaya, anda cemerlang dalam jawatan yang ada kuasa dan kata pemutus. Anda baik dalam hal membuat keputusan tetapi gemar menyerahkan perkara yang lebih terperinci kepada orang bawahan anda. Leo dihormati rakan sejawatan dan orang bawahan , sebahagiannya disebabkan anda sememangnya memahami perasaan orang sekeliling anda.
Dalam sebarang kerjaya , Leo sentiasa berusaha mencapai kedudukan tertinggi walaupun anda bermula dari bawah . Ini bermakna , Leo seorang yang tekun bekerja. Walau bagaimana pun , anda seorang yang tidak suka di arah untuk ‘buat itu dan ini '. Dari segi perolehan kewangan , Leo memang seorang ketua yang hebat tetapi ini bukan bermakna anda pengurus yang baik. Namun, Leo mempunyai wawasan dan jika bekerja sebagai eksekutif , daya pengurusannya lebih berhasil.
Sehubungan ini , Leo mencari wang yang lebih lantaran anda seorang yang cintakan kekayaan bagi kebahagian yang diperolehi. Anda gemarkan gaya hidup mewah dan glamour. Leo memang seorang yang pemurah . Anda sedia menggunakan kekayaan membantu orang lain turut mengecap nikmat hidup. Kekayaan bagi Leo adalah untuk membeli perkhidmatan dan keupayaan mengurus. Dengannya , Leo berusaha mencipta pekerjaan bagi orang lain dan memberi kebajikan yang sewajarnya. Ini bermakna , kekayaan bagi Leo adalah kebaikan dan sesuatu yang perlu dinikmati sepenuhnya.
LEO : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA

Dari segi luaran , memang Leo gemar melayan dan mengasihi orang lain . Namun , dari segi dalaman , hanya segelintir kawan yang tahu apa sebenarnya kehidupan harian Leo. Bagi orang berlambang Leo , rumah adalah ruang yang menyenangkan , rekreasi , mahligai , dan kamar persendirian . Leo sangat setia pada keluarga. Anda menyukai anak – anak dan memastikan mereka di jaga dan di pupuk dengan sewajarnya. Namun , sebagai ketua dalam rumah tangga , sebaik – baiknya anda sentiasa bersedia menyelami hati atau perasaan orang lain dengan lebih menyeluruh.

CANCER

CANCER : YANG HANGAT

Ciri Positif
Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Jun hingga 20 Julai dikatakan bernaung di bawah zodiak CANCER, yang berlambang Ketam. Dengan yang demikian , Cancer
sukakan rumah tangga , keluarga , kesihatan , makanan , ada rasa simpati, memberi perlindungan , agak sensitif , punya kesabaran , kejujuran , dan kepintaran.

Ciri Negatif
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap keanak – anakan , berbolak – balik , berpuak – puak , tidak selamat , terlalu bertahan dan takut pada perpisahan .
Kualiti Astrologi

Anda termasuk dalam kategori kardinal, iaitu aktif. Dengan kualiti ini anda dianggap baik untuk memulakan setiap projek baru. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori kardinal selain anda ialah ARIES, CAPRICORN dan LIBRA.
CANCER SEPINTAS LALU

LambangKetam
Kunci KataPerasaan; Keluarga
KekuatanPerasaan Psikik
Perlu PerbaikiRasa Batasan Realistik
Cepat Mesra DenganScorpio
Perlu Belajar DaripadaCapricorn
Untuk Keselamatan Berpaling KepadaLibra
Kerjaya Boleh Dipergaruhi OlehAries
Perkara Kerohanian Mudah Dibantu OlehGemini; Pisces
Warna KesukaanBiru; Ungu Tua; Perak
Warna Yang Membuahkan Cinta, Asmara Dan HarmoniHitam; Biru Nila
Warna Yang Menampilkan Kehebatan DiriEmas; Oren
Batu PermataBatu Bulan; Mutiara
LogamPerak
Bau-bauanMelati; Kayu Cendana
Hari TerbaikIsnin


CANCER : GELAGAT PERHUBUNGAN
Dalam pergaulan , orang Cancer adalah seorang yang setia. Dalam perhubungan yang membuahkan cinta pula , Cancer adalah zodiak yang sentiasa hangat dan setia pada pasangannya. Demi cinta, Cancer sanggup mengorbankan apa saja . Sehingga mudah menyulitkan keadaan sebab anda juga seorang yang kuat cemburudan mengongkong. Sifat anda yang mudah sensitif sukar difahami oleh pasangan anda. Contohnya , anda mudah menangis tanpa ada sebab yang tertentu.
Seseorang yang berperibadian yang matang adalah pasangan yang ideal buat Cancer. Di sini , TAURUS (21 April – 20 Mei) dan VIRGO (22 Ogos – 22 September) merupakan pendamping yang ideal bagi Cancer. Sebaliknya , hubungan anda dengan ARIES (21 Mac – 20 April) dan GEMINI (21 Mei – 20 Jun) adalah kurang sesuai .
Taurus yang tenang adalah pasangan yang dicari oleh Cancer . Bersama – sama Taurus, anda akan tenteram . Sikap Taurus yang matang
dan berperibadian yang kuat menjadikan anda berasa terlindung ( selamat ). Virgo juga pasangan yang sesuai untuk Cancer . Namun demikian , Virgo cenderung menjadi dingin dan tidak romantis . Cancer perlu menunggu ungkapan cintanya ! Bersabarlah, kerana Virgo sememangnya lambat dalam soal cinta ini. Namun , Virgo juga seorang yang ‘ hangat ‘.
Seterusnya, Aries bukanlah pasangan yang tepat buat anda . Aries gemar berleter, padahal Cancer adalah seorang yang sangat sensitif. Kalau Aries suka berteman dan mudah berkumpul dengan teman – temannya ; Cancer pula adalah sebaliknya. Dengan Gemini yang mudah bosan dan berubah – ubah sifatnya , juga menjadikan hubungan Cancer dengan Gemini kurang sesuai . Cancer mudah kesal lantaran Gemini tidak memperlihatkan sifat tetap yang anda perlukan .

CANCER : PERHUBUNGAN SEKS
Sesiapa yang berlambang Cancer adalah seorang yang sensitif , lembut dan sangat penyayang. Sesuai dengan lambang ibu zodiak , Cancer mampu terikat kukuh pada pasangannya. Kelahiran Cancer agak emosi dan pada mereka ( Cancer ) , seks adalah pelepas kesepian yang paling mengasyikkan . Kalau anda sebagai pasangan perlu berhati – hati supaya tidak segera mengasingkan diri darinya selepas selesai hubungan seks. Orang yang berlambang Cancer sukakan kehangatan seks . Anda akan terasa terluka jika ditinggalkan kekasih ketika sedang ‘ berkhayalan ‘ , dan menuduh kekasih anda hanya inginkan tubuh anda sahaja. Kalau ada seseorang yang sedia membelai anda dengan cinta dan nafsu , pasti dia seseorang yang dilahirkan di bawah lambang Cancer.
CANCER : KERJAYA DAN KEWANGAN
Dari segi kerjaya , orang Cancer memang mengambil masa yang agak lama sebelum mampu memulakan bisnes (perniagaan) secara bersendirian . Dengan yang demikian , Cancer memang patuh pada ketuanya atau majikannya di tempat kerja. Pada Cancer , dalam dunia kerjaya anda mengharapkan ketuanya sebagai wira dalam pertahanan. Hanya sekiranya Cancer ditakdirkan menjadi ketua atau berjawatan kanan barulah anda bersedia menjadi ‘panglima perang'. Cancer gemar bekerja dengan anak – anak , sehingga anda menjadi pendidik atau guru yang dedikasi. Dari segi kewangan , Cancer kerap memperolehi harta menerusi perniagaan keluarga . Walau pun ianya bukan milik keluarga sendiri , tetapi anda akan berusaha menimbulkan suasana kekeluragaan di tempat kerja. Contoh sumber kewangan yang mudah diperolehi Cancer ialah dalam perniagaan yang berbentuk hotel, restoran , kelab malam atau urusan jual beli tanah . Untuk memantapkan pegangan kewangan , Cancer perlu memperbaiki diri , misalnya mengurangi rasa murung , dan meningkatkan kestabilan dan kemantapan .

CANCER : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA
Dalam soal rumah tangga kejayaan Cancer lebih menyerlah . Persekitaran rumah dan keluarga yang diciptanya merupakan kerja seni yang diserlahkan . Cancer rapat dengan keluarga , sanak saudara , dan terutama ibunya. Cancer sayangkan keluarganya dan terikat erat hingga ke akhir hayatnya. Cancer sayangkan kanak – kanak dan sedia memberikan mereka keperluan . Sebagai ibu atau bapa , Cancer segera memaafkan kesalahan anak – anaknya atau saudara mara, sesuai dengan ungkapan “ Walau apa pun terjadi , anda atau dia adalah keluarga kita “ . Mempertahankan institusi kekeluargaan merupakan sebab utama mengapa Cancer terus hidup. Anda mempunyai banyak perkara untuk diajar kepada orang lain . Lantaran berorentasi keluarga , rumah tangga Cancer sentiasa bersih , tersusun dan menyenangkan. Anda menyukai perabot dan langsir ciptaan baru dan lama.

GEMINI

GEMINI : YANG BEBAS

Ciri Positif
Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Mei hingga 20 Jun dikatakan bernaung di bawah zodiak Gemini, yang berlambang Saudara Kembar. Dengan yang demikian , Gemini mahir berkomunikasi , suka mengembara , serba boleh, bijak , ada kuasa bercakap , berkebolehan menulis , kedekatan pada sanak saudara dan jiran , gemar penghijrahan , dan bersikap terbuka.
Ciri Negatif
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap hanya suka sekejap sahaja , berperangai keanak – anakan , gugup , talam dua muka , bercakap kosong , tak lengkap dan suka berpura – pura.
Kualiti Astrologi
Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah PISCES, VIRGO dan SAGITTARIUS
GEMINI SEPINTAS LALU

LambangSaudara Kembar
Kunci KataKomunikasi
KekuatanWira Reka Bentuk dan Penerimaan
Perlu PerbaikiHati Nurani
Cepat Mesra DenganLibra
Perlu Belajar DaripadaSagittarius
Untuk Keselamatan Berpaling KepadaVirgo
Kerjaya Boleh Dipergaruhi OlehPisces
Perkara Kerohanian Mudah Dibantu OlehTaurus; Aquarius
Warna KesukaanBiru; Kuning; Oren-Kuning
Warna Yang Membuahkan Cinta, Asmara Dan HarmoniBiru Langit
Warna Yang Menampilkan Kehebatan DiriPerang; Perak
Batu PermataAkik; Akuamarin
LogamPerak Cergas
Bau-bauanGandaria (Lavender); Teratai Lembah
Hari TerbaikRabu


GEMINI : GELAGAT PERHUBUNGAN
Orang yang bernaung di bawah zodiak Gemini adalah pecinta kebebasan tetapi seorang yang pembosan . Dalam pergaulan , Gemini suka bertukar – tukar kawan dan pasangan sehingga dia bertemu dengan kawan / pasangan yang sesuai.
Pendamping yang sesuai bagi Gemini adalah seseorang yang bijak dan memahami cita rasa Gemini yang sentiasa berubah – ubah. ARIES ( 21 Mac – 20 April ) dan TAURUS ( 21 April – 20 Mei ) adalah pasangan yang tepat buat anda , manakala CANCER ( 21 Jun – 20 Julai ) dan VIRGO ( 22 Ogos – 22 September) bukanlah pasangan yang ideal bagi Gemini.
Gemini , yang mempunyai daya pesona yang dapat meluluhkan hati seseorang , terutama Aries. Ketangkasan , kepintaran dan kelincahan Gemini adalah merupakan ciri – ciri yang disenangi oleh Aries . Sebaliknya, Aries sendiri juga adalah pendamping yang setia dan penuh perhatian buat Gemini . Taurus yang tenang adalah pasangan yang tepat buat Gemini . Keperibadian Taurus yang kuat , matang dan sentiasa melindungi , dapat menguruskan sifat Gemini yang pembosan dan mudah berubah – ubah .
Manakala , sifat Gemini yang sentiasa berubah – ubah ini menyebabkan anda sukar berdampingan dengan Cancer yang sifatnya juga demikian . Namun , Cancer adalah jenis yang setia orangnya ! Dengan Virgo yang dingin sifatnya , juga kurang sesuai bagi Gemini . Kesukaan Virgo pada kerapian menyulitkan Gemini.

GEMINI : PERHUBUNGAN SEKS
Gemini dikatakan zodiak yang paling kurang seksi . Mudah sahaja mereka menganggap seks sebagai aktiviti yang membosankan . Tetapi , mereka mampu terpesona terhadap pasangan yang pandai dan sesuai. Orang kelahiran Gemini mengemari kecerdasan otak daripada kecantikan dan mereka menyenangi perbualan .


GEMINI : KERJAYA DAN KEWANGAN
Gemini perlu sedar anda di anugerah kemahiran berkomunikasi yang tinggi . Dengan kemahiran ini , anda berupaya memindahkan hasrat dan matlamat dalam diri kepada dengan orang lain secara logik . Kaedah pemindahan ini menjadikan orang Gemini sangat menonjol dalam kerjaya yang melibatkan penulisan , pendidikan , perjualan dan kewartawanan . Banyak contoh yang melibatkan orang Gemini , terkenal sebagai penyajak , pelukis , pemuzik dan ahli sufi . Sehingga kini , pencapaian yang tertinggi bagi orang Gemini ialah untuk mengajar kebenaran, sama ada bidang sains atau sejarah. Tidak keterlaluan jika dikatakan orang berzodiak Gemini adalah pembawa ilham yang mengagumkan ! Minda Gemini selalu berisi dengan berfalsafah hidup yang meransang minda orang lain .Dari segi kewangan, Gemini cenderung mengambil berat terhadap kekayaan pembelajaran dan idea daripada kekayaan kebendaan . Gemini gemar membuat perbincangan atau ‘tawar – menawar‘ dalam perkara yang melibatkan kewangan. Anda boleh memperolehi wang dengan banyak cara . Oleh sebab itu , sikap kewangan dan keinginan anda nampaknya berubah dari hari ke sehari.Perasaan terhadap wang ringgit juga turut berubah ; kekadang anda sangat ceria dengan wang , tetapi pada ketika yang lain , anda seolah – olah tidak mempedulikan wang ! Pada keseluruhannya , matlamat kewangan kerap di anggap sebagai cara untuk membantu keluarga.


GEMINI : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA
Dalam rumah orang Gemini kelihatan agak cerewet . Anda cenderung supaya pasangan dan anak – anak menerima ukuran keinginan yang anda tetapkan . Jika ini tidak dipatuhi , anda mudah merungut dan mengkritik. Namun , orang Gemini merupakan keluarga yang baik dan suka melayan keluarga dengan cara yang praktikal dan berfaedah . Rumah Gemini menyenangkan dan meransangkan . Anda berkeupayaan bertukang dan mengemas . Kalau di rumah, ada sahaja yang anda lakukan supaya kelihatan terlalu sibuk selalu! Gemini memahami perasaan anak – anak dan mesra dengan mereka . Sebagai orang yang mahir berkomunikasi Gemini berkebolehan menjelaskan sesuatu dan perkara kepada anak – anak , dan sudah tentunya mendapat kasih sayang dan rasa hormat daripada anak – anak . Sesuai dengan pepatah ‘ bapa borek anak rintik ‘ , orang Gemini juga menggalakkan anak – anaknya supaya sekreatif dan suka berbual sepertinya