GEMINI : YANG BEBAS
Ciri Positif
Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Mei hingga 20 Jun dikatakan bernaung di bawah zodiak Gemini, yang berlambang Saudara Kembar. Dengan yang demikian , Gemini mahir berkomunikasi , suka mengembara , serba boleh, bijak , ada kuasa bercakap , berkebolehan menulis , kedekatan pada sanak saudara dan jiran , gemar penghijrahan , dan bersikap terbuka.
Ciri Negatif
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap hanya suka sekejap sahaja , berperangai keanak – anakan , gugup , talam dua muka , bercakap kosong , tak lengkap dan suka berpura – pura.
Kualiti Astrologi
Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah PISCES, VIRGO dan SAGITTARIUS
GEMINI SEPINTAS LALU
Lambang | Saudara Kembar |
Kunci Kata | Komunikasi |
Kekuatan | Wira Reka Bentuk dan Penerimaan |
Perlu Perbaiki | Hati Nurani |
Cepat Mesra Dengan | Libra |
Perlu Belajar Daripada | Sagittarius |
Untuk Keselamatan Berpaling Kepada | Virgo |
Kerjaya Boleh Dipergaruhi Oleh | Pisces |
Perkara Kerohanian Mudah Dibantu Oleh | Taurus; Aquarius |
Warna Kesukaan | Biru; Kuning; Oren-Kuning |
Warna Yang Membuahkan Cinta, Asmara Dan Harmoni | Biru Langit |
Warna Yang Menampilkan Kehebatan Diri | Perang; Perak |
Batu Permata | Akik; Akuamarin |
Logam | Perak Cergas |
Bau-bauan | Gandaria (Lavender); Teratai Lembah |
Hari Terbaik | Rabu |
GEMINI : GELAGAT PERHUBUNGAN Orang yang bernaung di bawah zodiak Gemini adalah pecinta kebebasan tetapi seorang yang pembosan . Dalam pergaulan , Gemini suka bertukar – tukar kawan dan pasangan sehingga dia bertemu dengan kawan / pasangan yang sesuai. Pendamping yang sesuai bagi Gemini adalah seseorang yang bijak dan memahami cita rasa Gemini yang sentiasa berubah – ubah. ARIES ( 21 Mac – 20 April ) dan TAURUS ( 21 April – 20 Mei ) adalah pasangan yang tepat buat anda , manakala CANCER ( 21 Jun – 20 Julai ) dan VIRGO ( 22 Ogos – 22 September) bukanlah pasangan yang ideal bagi Gemini. Gemini , yang mempunyai daya pesona yang dapat meluluhkan hati seseorang , terutama Aries. Ketangkasan , kepintaran dan kelincahan Gemini adalah merupakan ciri – ciri yang disenangi oleh Aries . Sebaliknya, Aries sendiri juga adalah pendamping yang setia dan penuh perhatian buat Gemini . Taurus yang tenang adalah pasangan yang tepat buat Gemini . Keperibadian Taurus yang kuat , matang dan sentiasa melindungi , dapat menguruskan sifat Gemini yang pembosan dan mudah berubah – ubah . Manakala , sifat Gemini yang sentiasa berubah – ubah ini menyebabkan anda sukar berdampingan dengan Cancer yang sifatnya juga demikian . Namun , Cancer adalah jenis yang setia orangnya ! Dengan Virgo yang dingin sifatnya , juga kurang sesuai bagi Gemini . Kesukaan Virgo pada kerapian menyulitkan Gemini.
GEMINI : PERHUBUNGAN SEKS Gemini dikatakan zodiak yang paling kurang seksi . Mudah sahaja mereka menganggap seks sebagai aktiviti yang membosankan . Tetapi , mereka mampu terpesona terhadap pasangan yang pandai dan sesuai. Orang kelahiran Gemini mengemari kecerdasan otak daripada kecantikan dan mereka menyenangi perbualan . |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan