LEO : YANG DAPAT DIPERCAYAI
Ciri Positif
Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Julai hingga 21 Ogos dikatakan bernaung di bawah zodiak LEO, yang berlambang Singa. Anda mengutamakan rasa cinta , mesra , bersifat pemurah , ada daya kepimpinan , menonjolkan kemegahan , sentiasa hidup , menonjolkan keagungan , keberanian , keupayaan , rapat dengan anak – anak , berbakat dan suka pada hiburan.
Ciri Negatif
Walau bagaimana pun,ada kalanya Leo ini kerap menunjukkan ego , banyak cakap , memperlihatkan sifat ketuanan , menunjuk – nunjuk , mengejar kemewahan , dan menghadapi komplek rendah diri dan bangga diri.
Kualiti Astrologi
Leo termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, ketabahan, ketahanan, dan kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain anda ialah TAURUS, AQUARIUS dan SCORPIO.
LEO SEPINTAS LALU
Lambang | Singa |
Kunci Kata | Cinta |
Kekuatan | Tujuan Diri Sendiri |
Perlu Perbaiki | Kespontanan dan penerimaan ketidak terdugaan |
Cepat Mesra Dengan | Sagittarius |
Perlu Belajar Daripada | Aquarius |
Untuk Keselamatan Berpaling Kepada | Scorpio |
Kerjaya Boleh Dipergaruhi Oleh | Taurus |
Perkara Kerohanian Mudah Dibantu Oleh | Aries; Cancer |
Warna Kesukaan | Emas; Oren; Merah |
Warna Yang Membuahkan Cinta, Asmara Dan Harmoni | Hitam; Biru Nila; Biru Laut |
Warna Yang Menampilkan Kehebatan Diri | Kuning-Oren; Kuning |
Batu Permata | Ambar; Intan Kuning |
Logam | Emas |
Bau-bauan | Kemenyan; Kasturi |
Hari Terbaik | Ahad |
LEO : GELAGAT PERHUBUNGAN
Dalam pergaulan , orang yang dilahirkan dengan lambang Leo , memang dapat dipercayai. Dalam perhubungan yang membuahkan cinta, Leo memang serius . Demi kelancaran hubungan cinta , Leo bersedia melakukan apa saja ! Lantaran itu , anda yang berzodiak Leo adalah setia dan dapat dipercayai. Bagi Leo , cinta adalah sesuatu yang peribadi , sehinggakan anda tidak memperlihatkan kasih sayang anda di khalayak ramai .
Leo suka bergaul sehingga tidak dapat berdampingan dengan seseorang yang cemburu dan mengongkong. Dalam situasi ini , Libra ( 23 September – 22 Oktober ) , Sagittarius ( 23 November – 20 Disember ) , dan Taurus ( 21 April – 20 Mei ) adalah pendamping ideal buat Leo. Sebaliknya , Capricorn ( 21 Disember – 19 Januari ) dan Scorpio ( 23 Oktober – 22 November) agak kurang sesuai .
Hubungan dengan Libra dapat membahagiakan Leo. Seperti anda , Libra juga memerlukan cinta yang menyeronokkan . Libra tidak suka memutuskan perhubungan lantaran dia matang dalam membuat keputusan. Pasangan yang juga tepat bagi Leo ialah Sagittarius dan Taurus . Sifat Sagittarius yang periang dapat menjadikan anda berbahagia . Daya fikir Sagittarius yang luas sehinggakan mengagumkan anda (Leo). Walaupun kurang romantis , namun Sagittarius tahu bagaimana cara menyenangkan kekasihnya.Taurus yang matang , penyabar dan penyayang memang sesuai buat Leo , terutama dalam meningkatkan mutu kerjaya.
Capricorn yang cemburu bukanlah pasangan yang ideal bagi Leo . Anda juga berasa terlalu kaku dan kolot dalam soal berfikir. Apabila anda melemparkan sesuatu idea, Capricorn mungkin mengambil masa yang lama untuk memahaminya. Leo juga agak sukar berdamping dengan Scorpio . Apabila Scorpio berasa marah , Leo pastinya tidak dapat bertahan (bersabar). Kata – kata Scorpio yang berbentuk leteran juga membosankan Leo.
LEO : PERHUBUNGAN SEKS
Leo adalah satu lambang cinta di dalam zodiak . Orang kelahiran lambang Leo cukup romantik. Mereka sedia menyelimuti pasangan dengan hadiah dan kasih sayang. Seseorang yang selalu kecewa dengan pasangannya yang tidak menyatakan perasaan cinta dengan jelas , hendaklah mencari pasangan di bawah lambang Leo . Dia tidak akan berhenti – henti
menyatakan betapa cintanya dia pada anda.Kelahiran Leo juga merupakan lambang peneraju yang sentiasa inginkan teraju kepimpinan di atas ranjang. Oleh sebab Leo begitu romantik , seks baginya merupakan pengalaman yang sentiasa menyeronokan.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan