Rabu, 7 September 2011

mercun tarik

Mercun tarik adalah sejenis mercun yang unik. Ia tiada sumbu untuk dibakar seperti mercun biasa. Sebaliknya, ia cuma perlu ditarik.

Di bulan puasa, semasa orang sedang sibuk berterawikh, budak-budak nakal selalu menggunakan peluang ini untuk bermain mercun tarik. Termasuklah aku.


Dan selalunya aku ada cara yang lebih 'kreatif' untuk bermain mercun tarik ini. Aku akan ikatkan mercun tarik ini di basikal orang.
Dengan harapan apabila bebudak empunya basikal itu mula mengayuh tanpa memeriksa basikalnya, aku boleh ketawa berdekah-dekah melihat budak itu terkejut mendengar bunyi letupan bom atom di bawah kakinya.

Memang seronok menyalahgunakan mercun tarik ini untuk mengenakan orang lain. Ya, memang seronok..


Sehinggalah pada suatu hari apabila aku sendiri terlupa untuk memeriksa selipar yang aku pakai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan