Jumaat, 12 Ogos 2011

CINTA by cik salmah

cinta. kata orang cinta itu buta dan membutakan.
tapi kadang-kadang aku tak tahu kenapa orang beranggapan sebegitu.
kalau benar cinta itu buta.
kenapa ramai yang sanggup mencari cinta?cinta dan manusia sangatlah serasi. 
bagai isi dengan kuku.
bagai bulan dan bintang.
bagai jem dengan roti.
bagai biskot chipsmore bersama chipsnya.
tapi tak mustahil juga cinta boleh jadi macam kacang lupakan kulit.
gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut.
hadirnya cinta kadang-kadang penuh dengan kejutan.
datangnya tanpa ada yang meminta.
cinta juga hadir penuh sopan dan santun.
sangat manis dibicarakan, sangat susah untuk diramal.
boleh juga dujadikan sahabat sejati.
namun awas, bila cinta dikhianati,
cinta boleh bertuukar watak menjadi kawan tikam belakang,
ibarat juga pagar makan padi.
walau apa anggapan cinta dimata orang,
cinta tak pernah untuk meminta dipuji.
cinta tak pernah marah.
walau dipanggil buta.
digelar hipokrit.
digelar menyusahkan.
cinta tak pernah marah.
kenapa?
sebab banyak perkara yang cinta telah lakukan.
tapi ada jyga yang tak menghargai.
banyak juga yang cinta telah dustakan.
namun ada juga yang tak tahu menilai.
akhirnya, cinta yakin.
semuanya bukan salah cinta.
bukan silap cinta
bukan karenah cinta.
tapi salah manusia.
kawan baik,kawan paling akrab cinta.
yang sanggup memfitnah dan mengkhianati cinta.
apalah dosa cinta.
kadang-kadang dijadikan sepah yang dibuang, setelah madu habis.
namun begitu, cinta tak pernah marah.
kerana cinta tahu, cinta memang sahabat manusia yang akrab.
walau sekeras mana hati manusia,
ia tetap akan dihinggapi oleh cinta.
kerana manusia dan cinta saling memerlukan.

terima kaseh cinta ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan