Terlalu banyak suratan dalam kehidupan ini,
dan aku tidak lebih dari seumpama sebingkisan layang-layang
yang melayang tinggi di angkasa yang adakala terlepas dari mata memandang..
Mungkin aku disayangi oleh ramai orang,
namun pada hikayat pinggiran sebuah hati dalam kehidupan,
aku tetap aku,hanya seorang manusia bisu yang berdiri di tengah pekat gelap malam...
Wahai adam..
Hawa itu tercipta indah dari rusukmu..
Terlindung 1001 hikmah disebalik keindahan itu..
Janganlah engkau sengaja patah-patahkan ia,
Sebaliknya luruskalah dengan penuh hikmah dan sayang..
*Terkedu seketika membuat aku befikir sejenak..
*Sangat menyentuh dan menusuk ke kalbu..
*Indah sekali kata-kata ini membuat aku tenang dan terus merenung..
Dalam diam,hadir satu perasaan yang aku mencintainya,tapi aku pendam semuanya atas dasar
a k u d a n k a u j a u h b e r b e z a ..aku sedar diri ini..
tapi masih lagi aku menaruh harapan dalam gelapnya ruang itu..
Tetap merindui kasih yang berlalu pergi walau kadang sakit dan pedih silih berganti...
*Duhai hati,cukup sudah ceriteramu kini..
*Tenanglah wahai jiwa..
*tersenyumlah kerana ia mampu merubat hati yang lara.
Mestipun dalam perit yang memanjang,aku mampu lagi tersenyum
walau hati kerap terluka dan jiwa sering dipermainkan oleh insan yang tak pernah menghargai sebuah pengorbanan..
biarlah hati ini hanya tuhan saja yang tahu betapa sakit dan perit menanggung semua ini. .
munkin hari ni hari dia,esok lusa sapa tahu..
Telah aku cuba menjadi setabah yang mungkin,tapi
ItuLaH CiNtA....Saat ia pergi Perittt terasa, penyakit datang dengan serta merta..
*Dah aku cuba ungkapkankan rasa itu..
*Tak ingin berharap lagi..
*Tak ingin terluka olehnya..
Tapi apa yang aku dapat rasa,
sekadar hidup sepi sendirian bagai tiada siapa yang peduli,
sudah duhai hati,tiada guna lagi bila dia dah mengakui yang dia
@#^-@? ¤@/%$..
sudah berhentilah berharap..Mungkin bila aku sudah tiada dari hidupnya..
Barulah dia sedar betapa besarnya pengorbanan yang telah tercipta untuknya tanpa dia hargai,
atau mungkin juga tidak??..kerana aku tahu dia tetap dia..
hanya orang tertentu dapat merubah dia menjadi saya. .
*Aku cuba tersenyum walau hati sedang bergelora..
*Tersenyum bila hati terluka..
*Senyum jika hati sedang disakiti,
Jika dia buat aku putus asa untuk lemparkan senyuman,
tiada alasan bagi aku kenapa aku tak senyum dan
tak ingin aku biarkan orang lain melihat aku sakit hati..
Kerana dengan satu senyuman,insyaallah dapat membuat hati aku tenang. .tapi!!!!
*Mampukah aku tetap tersenyum saat melihat wajahnya??
*tetap tegar saat berhadapan dengannya??
*Cuba tabah saat aku tahu harapan yang aku tunggu dan nantikan tiada dan tak pernah ada??
Apa yang termampu aku lakukan saat itu??
haruskah aku simpan saja dalam hati segala rasa hingga ke akhir sebuah kisah itu..
atau aku luahkan segalanya.. jika diizinkan tuhan,ingin saja aku
*katakan betapa aku merinduinya..
*katakan betapa aku sayang dia..
*katakan betapa aku cinta dia..
Dan ingin aku beri perhatian sepenuhnya,
tapi aku tak terdaya kerana hati ini pernah di kecewa..
cukuplah sekadar aku hanya dapat menatap dan melihat berlalunya waktu,
*detik demi detik,
*minit demi minit,
*jam demi jam,
Hingga akhirnya aku tertidur dan meninggalkan segala rasa untuk seketika..
Perit dan sakitnya dapat aku rasakan kembali saat aku terjaga dari tidur..
aku bahagia saat aku bangun kerana dia ada bersama mentari dan terukir namanya dibibir..
Tapi aku sedar itu hanya sementara dan aku rasakan mungkin akan ada sakit perit lagi...
Begitulah rasanya mencintai seseorang yang hanya mampu aku merindu..merungkai kata..
mencintai di belakang..dan berharap yang tak mungkin akan terjadi..
sehingga berlalu begitu saja kisah antara seorang aku yang sengal dan seorang dia yang poyo..
seiring berlalunya detik jarum jam mengelilingi paksinya tanpa aku sedari masa telah jauh berlalu..