Isnin, 18 April 2011

APA ITU CINTA??




adakah tapak tangan kamu berkeringat..
hati kamu berdegup kencang
dan suara kamu tersekat di dada??
itu bukan cinta..itu SUKA..

adakah kamu tidak dapat melepaskan
pandangan mata darinya??
itu bukan cinta..itu NAFSU..

adakah kamu menginginkannya kerana
kamu tahu ia ada disana??
itu bukan cinta..itu KESEPIAN..

adakah kamu tetap mengatakan kamu
menyintainya kerana kamu tidak ingin
melukai hatinya??
itu bukan cinta..itu BELAS KASIHAN..

adakah kamu menjadi miliknya kerana
pandangan matanya membuat hati kamu
melompat ??
itu bukan cinta..itu TERGILA GILA..

adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya??
itu bukan cinta..itu PERSAHABATAN..

adakah kamu mengatakan padanya bahawa
setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan??
itu bukan cinta..itu DUSTA..

adakah kamu rela memberikan semua perkara
yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya??
itu bukan cinta..itu KEMURAHAN HATI..

TETAPI.........

adakah kamu tetap bertahan kerana campuran
antara kesakitan dan kegembiraan yang
membutakan dan tidak terfahami..menarik kamu
mendekati dan tetap bersamanya??
itulah CINTA..

adakah kamu menerima kesalahannya kerana
itu bahagian dirinya dan siapa dirinya??
jika demikian..itulah CINTA..

adakah kamu tertarik dengan orang lain..tp
setia dengannya tanpa penyesalan??
jika demikian..itulah CINTA..

adakah kamu menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat??
itulah CINTA..

adakah hati kamu sakit dan hancur ketika
dia bersedih??
itulah CINTA..

adakah hati kamu gembira ketika dia
berbahagia??
itulah CINTA..

adakah matanya melihat hati kamu dan menyentuh
jiwa kamu begitu mendalam sehingga menusuk??
yang demikian..itulah namanya CINTA..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan